Jumaat, 16 Oktober 2009

KENANGAN TERINDAH


Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara.
Alhamdulillah kerana masih bernafas lagi


Dipanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk menitip dalam tinta IT kali ini. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Terasa amat bertuah ketika ini kerana mampu menyedut udara segar yang sentiasa diberi pinjam secara percuma.


Tahun Hijrah 1430 semakin merangkak meninggalkan hari-hari yang telah dilalui dengan pelbagai kisah duka dan duka. Kenangan yang ditinggalkan dengan peredaran masa membawa seribu satu macam cerita bual bicara. Namun begitu yang pasti tahun masihi 2009 semakin melabuhkan tirainya. 2010 semakin menjenguk, Kenangan Terindah yang telah ditinggalkan menjadi memori ceria tersimpan dalam kotak minta setiap insan. Keindahan kenangan yang dibawa itu akan hidup selagi hayat ini masih utuh dalam badan.


Kenangan terindah yang disimpan tahun ini belum pasti kekal abadi andainya kita dijemput oleh penciptanya. Selang beberapa hari lagi genaplah 100 hari pemergian bonda yang tersayang. Kenangan terindah yang sempat bersama Almarhum masih terpahat di ruangan mata hati ini. Akhir 2006 kenangan terindah bercuti ke Pulau Lagenda Langkawi, 2007 ke Cameron Highland. Itu sahaja yang sempat dibawa untuk meminjam nadi, talian hayat dan udara dari penciptanya. Kenangan Terindah yang amat memilukan, kerana Maha Pencipta memberi peluang melihat sendiri Almarhum menghembuskan nafas terakhir di hadapan semua anak-anak.


Simpan dan abadikan kenangan indah bersama semua yang kita ada, anak-anak, humaira agar kehidupan ini akan terus ceria dan gembira.


Sekian, salam keamanan

Insani

Selasa, 13 Oktober 2009

KENANGAN TERINDAH

Assalamulaikum dan Salam Keamanan buat semua saudara
Alhmdulillah masih bernafas lagi

Pertama-tama dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana masih diberi peluang dan ruang untuk mencoret dalam kalan IT ini. Sudah agak lam menyepi tanpa perkhabaran, bukan sudah alpa tetapi sibuk dengan tugasan harian. Banyak cerita yang hendak dikongsi bersama namun begitu sering dibatasi masa.

30 Sept hingga 2Oktober bermusafir ke Pulau Pangkor, bukan apa mencari ilmu, seronok rasanya dapatlah dibawa balik input-input terbaharu Pengajian Am untuk dikongsi bersama dengan anak-anak didik. Diberi kudrat perkongsian ilmu itu dapat disempurnakan.

LADAP 3 Oktober, 5S mengajak semua warga guru untuk mengubah penampilan diri, keluarga dan lebih penting profesion agar nampak lebih ceria dan menyeronokkan. Dari "seiri" hingga "shetshuke" semuanya akan cuba diguna untuk kebaikan bersama.

7 Oktober hingga 13 Oktober anakanda saya Muhammad Farhan menduduki PMR, nampak gaya tak ada masalah. Apa-apa pun ayahanda dan bonda doakan semuanya akan berjaya. InsyaAllah.

10 Oktober umpama ledakan Tsunami Facebook melanda warga guru SMKSKI, dapat ilmu baru melayari teknologi maya tanpa sempadan. Begitu khusyuk guru-guru yang budiman mencuba "muka buku" masing-masing. Umpama anak kecil mula-mula dapat belajar berjalan. Apa-apa pun tahniah semua rakan guru begitu teruja dengan LADAP kali ke-7 dengan kaedah P&P dalam bentuk edutainment. Maka masing-masing sibuk menggalas laptop. Satu perkembangan yang baik, kerana hilang sudah perumpamaan "Frog Under Tempurung"

11 Oktober gempa bumi pula melanda rakan guru dengan kumpulan "Baraan" melanda beberapa destinasi guru-guru di sekitar Kg Tok MUda, Sg Serdang dan beberapa lokasi di Sementa, SKI dan sekitarnya. Rombongan Baraan kali ini paling meriah dan menjadi "Kenangan Terindah yang amat sukar dilupakan. Buat kumpulan "kanak-kanak bujang dewasa", anda adalah penyeri baraan kali ini. Moga-moga Allah pertemukan "humaira" yang solehah untuk anda.

Saya begitu berterima kasih kepada rakan-rakan guru yang membawa "gempa baraan" ke rumah saya,semoga Allah sihat rakan-rakan, di murahkan rezeki dan di lanjutka hayat usia. Insya Allah.

Kalam Tinta IT bernoktah disini
Sekian, Salam Keamanan
Insani

Jumaat, 25 September 2009

MENERIMA ZIARAH TETAMU

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Pertama-tamanya dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana diberikan peluang dan ruang untuk menitip dalam kalam IT hari ini. Perjalanan musafir hari ini seperti biasa dengan kudrat yang masih mampu memikul amanah Allah di muka bumi ini. Alhamdulilla
Hari ini saya menerima kunjungan ziarah tetamu, Alhamdulillah kunjungan wak jir dan anak-anaknya amat dirasai oleh kegembiraanya. Rumah yang dikunjungi para tetamu InsyaAllah akan diberi barakah dan rahmat dari Allah swt. Terima kasih anak-anak didik, 6A3 begitu juga dengan Mat Top.
Malamnya pula, selepas Isyak ziarah tetamu berterusan dengan kunjungan Sazali, Amir, Raja Jamaliah dan Wani. Anak didik tahun 2006, gembira sekali rasanya hati ini. Terima kasih semua kerana masih ingat pada cikgu.
Malam sebelum ziarah tetamu datang berkunjung, kehadiran Karim, Nani dan Nadia. Semuanya menambahkan lagi rasa gembira hati ini. Terima kasih anak-anak cikgu, harapan cikgu biarlah ziarah tetamu akan berterusan selagi hayat masih dalam badan. Cikgu doakan semua anak-anak didik berjaya dalam hidup dan sejahtera dalam bermusafir di alam fana ini.
Sekian dahulu buat kali ini
Wassalam dan salam keamanan
Insani

Rabu, 23 September 2009

SUDAH SAMPAI KETIKANYA

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Rasa syukur kerana ketika ini menunjukkan jam 11.22 malam 4 Syawal masih ada peluang dan ruang untuk menitip dalam kalam IT yang agak lama menyepi. Alhamdulillah sekali lagi, kerana kudrat yang diberi oleh pencipta-NYA masih mampu memberi saya berbicara tanpa suara dalam ruang ini. Kali ini bicara kalam saya menjurus buatsemua anak didik.
Selamat tinggal kerahmatan Ramadhan, keseronokan Syawal pula jangan terlebih seronok. Ingat anak-anak didik, perjuangan masih belum selesai. Buat anak-anak di tingkatan 3 PMR semakin menjengah. Sampai ketikanya detik jam 8.00 pagi tanggal 7 Oktober 2007 bersamaan 18 Syawal perjuanagan pun bermula. Sudah bersediakah anak-anakku semua, renung kembali harapan diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, sekolah dan masyarakat di sekeliling anak-anak. Harapan cikgu anak-anak bersedia dengan ketika yang bakal menjelma kelak.
Buat anak-anak cikgu yang sudah agak dewasa, hitunglah dengan tepat ketika STPM bakal menjengah. Harapan anak-anak di dalam 6A1,2 dan 3 pasti tinggi setinggi Jabal Uhud. Kekuatannya telah mengajar erti kekuatan perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad dalam menegakkan keutuhan Islam. Jangan sentiasa dibuai mimpi yang tiada kesudahan, jangan jadi seperti sicelik buta disiang hari. Fantasi yang bermain dalam minda semuanya pembohongan yang tiada titik penamat. Ada anak-anak yang mungkin sedang angau dibuai cinta tak pasti, lontarkan ia jauh-jauh mengikut kata hati. Ketika tibanya yang pasti itulah jawapan bagi setiap persoalan yang tidak pernah usai dalam kotak minda anak-anak. Mungkin tidak faham maksud cikgu
Mudah sahaja maksudnya, soal cinta, sayang, kasih yang masih ada dalam benak dada itu akan terjawab ketika kejayaan telah benar-benar dicapai dalam hidup anak-anak. Cikgu pernah berkata semua itu hanya mainan perasaan sahaja. Ingat letakkan Akal di atas naluri dan emosi.
Akhir kalam selamat menempuh ketika PMR dan STPM dan tidak lupa SPM. Semoga diberikan kekuatan untuk menghadapinya
Sekian, salam kemanan
Insani

BENAR-BENARKAH FITRAH PADA IEDUL FITRI

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi ketika ini

Pertama-tamanya dipanjatkan kesyukuran yang teramat sangat ke ats Allah SWT, selawat serta salan buat Junjungan Besar nabi Muhammad SAW, para sahabat, anbiya serta para mujahid yang menegakkan ad-din Islam. Peluang menitip dalam tinta IT ini kali ini untuk sama-sama membuka minda dan menghayati erti sebenarnya kehadiran bulan 10 kalendar Hijrah, Syawal
Salam Iedul Fitri buat semua umat Islam yang telah mengharungi cabaran yang hadir setahun sekali dalam kalendar Hijriah iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Bergembiralah bagi kita yang telah berjaya mencari Nur Ramadhan itu sendiri. Apa yang paling utama ialah Muhasabah kembali segala peri laku sepanjang bulan yang penuh barakah itu. Insan-insan yang merasai nikmatnya terasa sedih meninggalkannya kerana belum ada kepastian akan berjumpa Ramadahan yang berikutnya 1431. Bagi saya Alhamdulillah tahun hijrah kali ini diberikan kekuatan untuk menghabiskan 29 malam Ramadhan dengan lengkapnya bertarawikh, ukuran timbang amal hanya Allah lebih mengetahui dimanakah kedudukan amalan saya. Begitu juga dengan saudara-saudaraku yang lain.
Hari ini genap berlalunya 4 Syawal, kegembiraan yang sudah sebati menjadi budaya dalam masyarakat. Sambutannya disambut di mana-mana sahaja di seluruh negara . Namun begitu peluang untuk Bertakbir dan Bertahmid iedul fitri hanya seketika sahaja. Saya pasti ramai dalam kalangan insan-insan yang menghayati erti iedul fitri itu amat terhad untuk bertakbir dan bertahmid. Saya ingin mengingati diri ini dan saudara-saudara lain, adakah kita benar-benar telah kembali kepada fitrah itu sendiri. Erti iedul fitri ialah kembalinya insan itu kepada asal kajadiannya seperti bayi yang baru lahir tanpa sebarang dosa, bersih serta suci. Namun begitu penghayatannya mungkn ramai yang terlupa hakikatnya iedul fitri itu sendiri.
Bagi yang masih kurang kesedaran akan kembali kepada tabiat asalnya sebelum hadirnya Ramdhan. Saya menitip dalam tinta IT ini bukan untuk menunjukkan kepandaian tetapi untuk sama-sama ingat mengingat selagi peluang bernafas yang dipinjamkan Allah masih ada. Kalau boleh janganlah jadikan Ramadhan satu budaya, begitu juga Syawal. Apa yang lebih penting ialah pengahayatan dan keinsafan yang berterusan sehinggalah kita dijemput Izrail. Subhanallah.
Buat akhir kalam IT kali saya mengucapkan selamat meneruskan fitrah hidup kita sebagai hamba Allah yang sentisa mengharapkan keredhaan-NYA. Peluang hidup bermusafir ini hanya hadir sekalii sahaja, oleh itu marilah sama-sama kita sentiasa muhasabah diri agar tali ukur usia yang kita bawa bersama-sama setiap saat itu benar-benar sama panjangnya dengan amalan kita. InsyaAllah
Sekian Wassalam, salam keamanan
Insani

Rabu, 9 September 2009

RAMADHAN KIAN PERGI FAJAR FITIRI KIAN MENJENGUK

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alahamdulillah masih bernafas lagi.

Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menitip dalam kalam IT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, juga buat para sahabat dan anbiya. Semoga Allah swt memberikan kekuatan seteguh para pejuang Islam.

Alhamdulillah, Ramadhan sudah merangkak ke Fasa ke 3, semakin hampir ditinggalkan. 240 jam Ramadhan Al-Mubarak bakal pergi, amat terasa di hati ini kerana sepanjang perjalanan Ramadhan ketika tidak mahu berpisah bersamanya. Ramadhan yang kan datang datang belum pasti lagi. Malam ini tarawikh sudah menjenguk malam ke 20 Ramadhan. Alahamdulillah saya masih diberi kudrat untuk mencari makna kepada "Lailatu Qadar". malam amalan yang lebih unggul dan lebih baik daripada seribu bulan atau bersamaan 82 tahun. Marilah sama-sama kita mencarinya. Semoga Allah memudahkan perjalanan ini.
Teringat pula nasib anak-anak yang miskin, fakir, yatim serta piatu. Perjalanan saya di alam fana tahun ini penuh episod duka. Hilang dua insan yang disayangi nenda dan bonda dalam masa selang satu bulan. Pemergiaan insan yang disayangi ini merupakan perjanjian roh pada jasad dengan pencipta-Nya (khalik). Kehadiran Syawal, InsyaAllah dalam bebrapa hari lagi amat dirasai kehilangan kerana terasa seperti baru semalam mencium tangan bonda. Pagi syawal 1430 hijrah sudah tiada lagi genggaman tanga kurus ketika dulu. Hanya pusara dan nisan menjadi tanda bersemadinya bonda tersayang.
Saya titipkan bait-bait kata untuk luahan rasa di hati.
Duhai bonda
Duhai ayahanda
Begitu cepat dikau pergi
Tinggalkan kami di sini
Menyahut panggilan Illhai
Kapan masa bertemu kembali
Di alam sana kekal abadi
Hidup bonda dan ayahanda
Di sana pasti hakiki
Hanya doa, anakanda panjatkan
Moga Allah merahmati
Tiada air mata bisa mengubati
Perasaan ini anakanda sulami
Duhai bonda
Duhai ayanhanda
Permergianmu amat dirasa
Putus sudah tempat bermanja
Kami anakanda amat merindui
Untuk mengucup tangan
Di pagi Aidil fitri
Hanya Al-Fatihah yang mampu
Dicurahi
Buat semua insan yang masih ada ayahanda dan bonda sayangi mereka kerana semua yang ada di depan mata kita akan pergi umpama mata kita berkelip.
Sekian dahulu, salam Ramadhan buat semua
Wassalam, Insani

Jumaat, 4 September 2009

CORETAN RASA INSAN MARHAEIN

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Syukur Alhamdulillah, selawat serta salam buat junjungan Besar nabi Muhammad saw serta para sahabat Baginda. Masih mampu menyedut udara ketika ini, mampu menggerakkan jari jemari untuk menitip dalam tinta ini, masih mampu mengetuk kotak minda membentuk kata-kata yang bermakna.
Salam buat semua rakan guru, terasa semakin jauhnya saya dengan mereka walau pun berada di depan mata. Cikgu Razak, Kak Ana, Abang Bidin dan ramai lagi. Saya sering menghitung berapa ramai lagikah yang akan melakukan penghijrahan sebagai musafir alam fana ini. Saban tahun rakan yang dikenali sedari awal kian hilang dari pandangan kanta retina ini. Inilah janji pada sebuah perjalanan kehidupan itu sendiri.
Rasanya keseronokan berada di sini dan ketika ini hanya dipujuk oleh hati yang amat berat rasanya. Saya cuba memujuk hati ini agar sentiasa "happy" dan tidak selalu gundah gulana. Alhamdulillah berpegang kepada bekerja sehingga mati adalah lebih baik dari kerja mati-matian. Apa pun tanggapan yang penting dunia yang diharungi amat berbeza berbanding 10 tahun lalu. Sentiasa dalam "sterss" bermakna membunuh kotak minda, membina tekanan darah yang tidak normal dan seterusnya menyiksa jantung yang sudah kian lama tersiksa.
Saya Insan Marhein amat bersyukur pada tahun ini kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ilmu buat anak-anak didik yang dikasihi. Tidak lupa buat 6A1/2, Azam, Syed, Faizal, Alan, Atiqah, Mira, Aqillah,Qayyimah, Izzati, Maryam, Jehan, Ain, Sofea, Zafirah, Resan, Mastura, Pongkodi, Piyaralin dan juga anak-anak didik Tonghua. Terima kasih kerana begitu komited dengan perjuangan kamu. Doa cikgu agar semua sukses dalam mengejar realiti sebenar dalam pencarian ilmu.
Buat anak-anak di 6A3 pula begitu baik respon dalam menimba ilmu yang tiada penghujungnya. Teruskan usaha dengan gigih, cilkgu sebagai Insan Marhien hanya mampu memberi bimbingan dan semangat setakat yang mampu. Anak-anak semua adalah pencorak keluarga. Syukuri apa yang ada. Sayangi kedua ibu bapa, jangan sakiti hati mereka kerana peluang yang diberi seketika ini, gunakan untuk berbakti kepada mereka. Peluang cikgu sudah tertutup, tiada tempat untuk mengadu bagi insan yang bergelar ibu atau ayah.
Aank-anak didik yang baru 6B1, 6B2 dan 6B3 masih baru dikenali. Alhamdulilah Allah masih memberi peluang untuk mengenali mereka. Masih banyak yang perlu dididik, ditegur dan ditunju. InsyaAllah amanah yang dipikul akan insan marhaein ini laksanakan sebaik mungkin.
Sekian dahulu buat kali ini
Salam Keamanan
Wassalam, Insani

Jumaat, 28 Ogos 2009

NIKMATNYA ERTI ISTIRAHAT

Assalamualaikum wbt dan salam keamann buat semua saudara.
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang dan ruang untuk menitip dalam tinta IT kali ini. Buat semua saudara yang masih sudi membaca tatapan ini agar sentiasa istiqamah dalam mengerjakan amalan yang difardhukan kepada kita. Ingatlah lima perkara sebelum jemputan yang tidak diduga lima perkara. Sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.
Semua lima perkara yang Allah kurniakan kepada kita tadi hanyalah pinjaman belaka. Tiada satupun yang milik kekal kecuali amalan yang baik , selagi diberi peluang untuk bernafas. Saya mengajak semua saudara untuk merenung sejenak nikmat istirahat ada kaitan dengan bulan yang penuh keberkatan ini.
Istirahatlah perut kita dari makan yang tiada penghujung kepuasannya. Ingat punca segala penyakit bermula dari perut. Maka dengan itu Allah berikan peluang kepada perut dan semua anggota panca indera untuk istirahat dari semua kesukaran dan kemungkaran yang kita lakukan tanpa disedari
Dikurnai mata untuk melihat pelbagai fenomina alam semesta, dikurniai "kuping" untuk menikmati kemerduan pelbagai bunyian, dikurniai nikmat lidah untuk menuturkan apa jua kalimah yang tidak terbatas waktu pengucapannya, dikurnai tangan untuk bekerja selagi mampu kudrat ditanggung. Seterusnya anggota-anggota lain yang Allah pinjam buat pelengkap sekujur tubuh di mana ditiupkan roh ke dalamnya. Bersyukurlah kita dengan kurniaan yang tidak mampu kita hitung seluas laut terbentang, saujana mata memandang langit yang tiada tiang dan banyak lagi kurniaan-Nya.
Oleh itu bulan Ramadhan yang mulia ini, diberikan peluang istirahat untuk semua itu agar kita menjadi Hamba Allah betakwa. Bersama-samalahlah kita lestarikan bumi yang amat fana ini dengan istirahat yang tidak terus melalaikan kita.
Harapan saya saudara semua fikir-fikirkanlah bersama bahawa perjalanan hidup ini kelak akan sampai ke tanda noktahnya. Ingat 3 peluang masa yang Allah berikan kepada kita, gunakan dan muhasabhlah diri selalu agar terus menjadi Insan yang soleh serta solehah.
Sekian, salam keamanan buat semua
Insani

Rabu, 26 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK MENGGAMIT KEMBALI

Assalamualaikum wbt dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulilah masih bernafas lagi

Pertama-tamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana diberi peluang untuk menghirup nikmat udara secara percuma, mata melihat cerah mentari, kusamnya malam, bergerak dengan kudrat anggota yang masih sempurna.
Salam ramadhan buat semua umat Islam, masih diberi peluang untuk berada dalam ketika ini. Hari ini masuk hari kelima ramadhan dan malam keenam bertarawikh. InsyaAllah. Teringat akan saya nasihat ustaz Ismail Kamus bahawa kehidupan ini diberi 3 peluang masa iaitu masa yang lepas, masa sekarang dan masa esok. Memang ada kebenarannya nafas kita yang bernadi semalam tidak dapat kita ambil kembali, nafas yang kita yang ada ketika ini amat kita syukuri, nafas untuk seketika nanti atau pun esok belum pasti.
Saya mengingat kembali kepada arwah bonda bahawa tahun lepas masih ada mula mengharungi dugaan sakit kanser, tahun ini saya menyambut ramadhan tanpa bonda tercinta. Begitulah segala nikmat pinjaman ini beredar sebelum, sekarang dan selepas. Hanya Allah sahaja yang tahu bilakah perjalanan ini bernoktah.
Buat saudara seIslam gunakanlah Ramadhan yang ada ketika ini untuk mengumpulkan dan menambahkan sebanyak mungkin amal ibadat. Biarlah kita berfikiran bahawa hari esok itu belum ada kepastian untuk kita menambah amal ibadat. Masa yang diberikan seketika ini pasti digunakan sebijak mungkin. Selalulah kita sama-sama ingat peluang untuk bernafas untuk sebentar lagi ada atau tidak.
Rakan-rakan guru dan anak-anak didik yang dirahmati Allah, marilah kita bersama-sama memanfaatkan gamitan Ramadhan kali ini dengan rasa kesyukuran dengan rasa indah rahmat yang Allah kurniakan, keberkatan perjalanan hidup ini setiap detik dan InsyaAllah beroleh kemenangan sehingga akhir hidup bermusafir seterusnya abadi di alam yang kekal kelak.
Sekian dahulu titipan gamitan Ramadhan tahun 1430 Hijrah, semoga diberi kekuatan dan kelapangan yang berterusan agar 3 peluang masa yang diberi akan meninsafkan kita bersama.
Salam kemananan
Insani

Jumaat, 24 Julai 2009

BESARNYA NIKMAT ALLAH DAN BESAR JUA DUGAAN-NYA

Assalamualaikum dan salam keamanan kepada semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi.

Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk meminjam sementara waktu udara yang dianugerah secara percuma. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabatya. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada makhluknya semasa bermusafir di alam fana ini. Daripada sekujur tubuh ini bernadi bermula dari dilahirkan hingga kembali kepada pencipta.
Nikmat yang dianugerahkan itu perlu bijak dilestarikan. Umpamanya lidah dan mulut suatu nikmat yang tidak mampu dibayar oleh insan terhadap pencipta-Nya. Buat para semua insan yang diberikan peluang untuk meminjam apa jua nikmat yang dikurnai Illahi, manfaatkanlah ianya untuk kemaslahatan kehidupan manusia yang lain
Dugaan mahupun musibah daripada Allah amat sukar untuk kita ramal, ada kalanya datang tiba-tiba, adakalanya lambat. Janji Allah tidak pernah mungkir walau pun cepat sesat mahu pun lewat sesaat semuanya pasti. Oleh itu sebagai khalifah di bumi fana yang diamanahkan sebagai pelestari alam bersyukurlah dengan nikmat yang dilimpahi, sekiranya dugaan yang datang menduga berbanyaklah sabar. Ada hikmah di sebaliknya.
Sekian buat titipan yang lama ditinggalkan
Salam keamanan, Insani

Selasa, 7 Julai 2009

PERITNYA HATI INI

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara blogger
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi rung untuk menitip dalam tinta IT ini. Kali ini saya hendak menitip pedihnya hati ini. Kelmarin saya mendapat perkhabaran yang kurang enak di mana harapan saya untuk diiktiraf guru mengajar di tingkatan 6 masih belum kesampaian. Bukan rezeki lagi, namun apa yang mengecewakan sudah 2 kali permohonan dihantar tetapi keputusan masih tidak menyebelahi saya. Saya masih berpegang kepada rezeki adalah pemberian Allah swt.
Pabila berbicara dengan sahabat di mana kesilapan sebenarnya berlaku. Sudah adat manusia sebut sahaja ada peluang untuk orang lain, ada pula manusia yang merentap peluang itu. Saya masih boleh bersabar tetapi kesabaran itu ada kalanya memakan diri. Jika berlakau sebarang putar belit manusia saya harap mereka segera ingat, bahawa manusia tidak boleh menongkat langit. Harta dunia hanya pinjaman sementara. Kawan dari sekolah lain yang senasib dengan saya menyuarakan suara hati yang sama. Saya nasihati bersabarlah, jika ada rezeki kita tidak akan kemana-mana. Namun begitu hirisan luka yang telah saya alami beberapa bulan yang lepas masih terasa ngilunya. Saya sudah berniat dalam hati untuk terus berada di gedung pembelajaran yang ada sekarang sehingga bersara pada 23.03.2022. InsyaAllah jika ada keizinan Allah swt.
Apa-apa pun saya mahu terus bersabar, kerana yakin kesabaran itu ubat bagi semua penyakit hati. Pedihnya hati ini hanya Allah yang tahu. Biarlah saya tenang dengan keadaan ini dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan perjalanan hidup ini. Insya Allah
Podihnyo hati menanggung sekso
Tak mati badan merasai
Sekian, wassalam dan salam keamanan
Insani

Isnin, 6 Julai 2009

KASIH ABADI

Assalamualaikum dan salam keamanan buat saudara semua
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Syukur ke hadrat Allah kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk menghirup udara yang dikurna secara percuma. Kudrat yang masih kuat untuk bergerak, suara yang masih ada untuk untuk berzikir setiap detik yang berlalu.
Sudah seminggu kasih abadi saya pergi menyambut seruan Illahi, terasa tidak cukup detik waktu membalas jasa kedua-duanya. Ayah dan ibu permulaan hidup ini, memberi peluang melihat dunia ciptaan Allah yang tidak terhitung nikmatnya. Kasih tempat bermanja dan mengadu sudah kering kini, hanya pada Allah sahaja saya panjatkan segala kesedihan dan keresahan hati ini. Sebagai umat junjungan besar Nabi Muhammad saw berkeluh kesah adalah tidak baik.
Saya insan yang sukar untuk mengalirkan air mata, hanya tangisan di hati sahaja yang dapat digambar melalui perasaan. Masih ada humairah, anak-anak dan seorang ibu mertua. Kasih ibu sejati tidak sama dengan semuanya. Sebagai seorang anak yang telah dididik dengan perjalanan hidup yang penuh kesusahan mengajar saya menjadi lebih sabar, tabah dan senatiasa bersyukur dengan nikmat Allah kuniakan selama ini. Subhanallah, Walhamdulillah, Walailhaillah huAllah huakbar. Inilah reailti ad-din dalam Islam.
Kepada semua saudara sayangilah dan kasihilah ibu dan ayah yang masih wujud di alam fana ini. Jagailah mereka selagi hayatnya ada, ubatilah mereka jika sakit, janganlah sesekali melukai hati mereka kerana luka itu tidak dapat diubati jika kita tidak mengetahuinya.
Sekian dahulu titipan saya kali ini, alfatihah untuk semua insan yang telah pergi dahulu menemui pencipta-NYA.
Wassalam dan salam keamanan
Insani

Sabtu, 4 Julai 2009

AL-FATIHAH DAN TALKIN BUAT BONDA TERCINTA


Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi








Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke atas Allah swt dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Terima kasih Ya Rabbi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk menitip dalam tinta ini. Titipan kali ini menguji kesabaran saya sebagai hamba kepada pencipta-NYA.


Saya kongsikan pengalaman perginya bonda tersayang buat selamanya menemui Allah swt pencipta yang abadi. Saya redha dengan pemergian bonda ini kerana sudah genap satu tahun 3 hari melawan penyakit kanser yang dihidapinya. Sebagai anak sulung saya sentiasa tabah menerima ujian yang Allah berikan ini. Kini sudah tiada insan-insan yang saya sayangi. Almarhum ayahanda pergi ketika saya mula bekerja pada tanggal 03.09.1991 tepat jam 2.30 petang pada usia 49 tahun. Ayahanda juga sama seperti bonda terpaksa menerima ujian Allah selama 8 tahun terlantar sakit. Peristiwa yang sam datang kembali selepas 17 tahun, kali ini almarhum bonda tercinta pula diuji hinggalah tanggal 29.06.2009 pergi menyahut panggilan Illahi.


Alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengadap bonda pada malam 28.08.2009 ketika sedang menghadapi saat akhir sebelum menghembuskan nafas terakhir. Saya empat beradik , humairah, adik ipar serta anak-anak bergilir-gilir mengajar bonda mengucap saat sebelum izrail memisahkan jasad dari badan. Bergenang air di kelopak mata setiap adik saya, memang sedih dan pedih rasanya kehilangan insan tersayang. Namun begitu saya sudah lama redha dengan keadaan ini. Doktor memaklumkan kepada saya bahawa bonda tidak mampu diselamatkan lagi dan saya menyerahkan kepada ketentuan Illahi. Tepat jam 12.10 pagi jantung ibu berhenti berdenyut dan sebelum menghembuskan nafas terakhir bonda sempat menyebut nama saya. Cukup memilukan perasaan ini ketika itu, tetapi saya kuatkan semangat. Tepat jam 12.50 pagi nadi bonda terhenti sepenuhnya. Putus sudah kasih sayang seorang bonda yang selama ini terpaksa melawan penyakit yang Allah berikan kepadanya. Bonda redha dan saya bangga mempunyai seorang bonda yang cukup kuat semangat walaupun terpaksa melalui semua ini.


Tepat jam 2.45 pagi jenazah bonda selamat sampai ke tempat kelahirannya Kg Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan. Suasana begitu pilu kerana rakan-rakan sekampung arwah bonda sudah sedia menunggu. Diletakkan di ruang tamu, kemudian dibacakan surah yassin dan al-quran oleh cucu-cucu bonda. Saya turut membacakan surah dalam al-quran untuk roh bonda. Perasaan ini hanya Allah sahaja yang tahu, menangis hati ini saya sahaja yang tahu. Bonda sempat berpesan kepada adik saya agar jenazahnya dikebumikan sebelum waktu zuhur. Alhamdulillah semua itu dapat dilaksanakan dengan baik.


Keesokan harinya 29.06.2009 semua persediaan untuk menyempurnakan jenazah bonda berjalan dengan baik sehinggalah dikebumikan. Jenazah bonda telah disembahyangkan dan diimamkan oleh Ustaz yang selama ini bonda belajar agama. Alhamdulillah terima kasih ustaz. Bonda saya seorang yang rajin ke surau setiap waktu subuh dan mengaji pada waktu malam. Wajah bonda sebelum dikafankan begitu bersih dan seakan tersenyum dalam tidur. Saya diberi peluang terakhir untuk mengucup dahi bonda buat kali terakhir dan diikuti adik, humairah serta cucu-cucunya. Terima kasih kepada anak lelaki sulung saya kerana mengiringi janazah nendanya pulang dari hospital sehingga ke kubur.


Tepat jam 12.15 tengah hari jenazah bonda selamat disemadikan bersebelahan dengan makam ibunya iaitu nenda saya serta berdekatan pula dengan makam ayahanda saya. Mungkin inilah aturan Allah ke atas jenazah bonda saya berada dekat dengan arwah suaminya. Alhamdulillah. Jam 12.45 semuanya selesai dengan selamat dan bonda saya akan tinggal di sana sehinggalah hari kiamat. Talkin dibacakan untuk mengungatkan insan yang hidup, Al-Fatihah dibacakan untuk disedekahkan kepada arwah bonda. Saya sentiasa mendoakan roh bonda sentiasa dipermudahkan urusan alam barzakh dan mendapat rahmat dari Allah swt. Setiap yang hidup pastikan akan merasai mati.


Soal alam barzakh adalah benar

Soal mungkar dan nakir adalah benar


Al-Fatihah buat bonda tercinta, Along bangga dan selalu bersyukur memilki seorang bonda yang sanggup berkorban sehingga akhir hayat. Terima kasih bonda, moga-moga Allah pertemukan kita di alam yang kekal abadi. InsyaAllah


Salam keamanan, insani


Jumaat, 19 Jun 2009

CABARAN BARU PULA BERMULA

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Mesti Rasa Bersyukur
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat kehidupan yang masih Allah berikan buat saya selepas menempuh cuti selama dua minggu. Hari Isnin diberikan jadual baru lagi, saya lihat tidak dapat mengajar anak-anak di tingkatan 6 bawah. Mulanya rasa tidak puas hati tetapi selepas berbincang dengan pentadbir saya memahami situasi. Namun begitu saya tidak pernah membantah apa sahaja bentuk jadual yang diberi pada saya, walaupun 17 Jun 2009 genap 18 tahun saya menjadi pendidik. Saya faham insan yang membuat jadual itu lebih menderita dari insan yang menerima. Apa-apa pun terima kasih Kak Mazidah. Selama itu bergelar pendidik saya tidak pernah meminta jadual diubah atau sebaliknya
Mungkinkah Saya Akan Keseorangan Di Sini
Hari Isnin berbual dengan beberapa sahabat, mungkin ada yang akan membawa haluan ke tempat lain. Mereka membisik dan mengajak saya untuk turut sama. Saya jelaskan bahawa saya sudah berjanji dalam diri ini untuk terus berada di Sg Kapar Indah. Saya ingin tamatkan perjalanan perjuangan sebagai pendidik di sini sekiranya Allah memberi kesihatan dan hayat yang panjang. Biarlah apa bentuk dugaan dan cabaran yang bakal mendatang saya tetap untuk menamatkan perjalanan itu di sini. Sedih juga bila melihat ke belakang ramai sahabat yang telah keluar menuju haluan masing-masing. Ada yang berkata cikgu tahan dan sabar dengan apa yang berlaku pada diri cikgu. Mudah sahaja jawapan saya rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Illahi. Jika kita berada pada pihak yang benar janji Allah itu tidak pernah mungkir
Hari Selasa sudah tidak mengajar 6 bawah, Nani berbicara dengan saya untuk turut membantu. Saya maklumkan kita kekurangan guru, InsyaAllah ada keizinan-Nya saya akan bantu. Kadang kala terfikir juga kenapa saya selalu diuji begini. Terasa juga nurani ini disakiti dan dilukai , namun semua itu mainan emosi serta perasaan. Terus memujuk hati ini untuk tetap sabar bahawa semua ini adalah ketetapan Allah. Alhamdulillah tetap bersyuku dan senantiasa bersangka baik dengan apa yang ada kini.
Hari Rabu membawa anak-anak menyertai pertandingan pidato LHDNM di SMK Tinggi Klang, mereka tewas kepada pemidato yang lebih hebat. Terima kasih kepada Siti Zafirah dan Muhammad Shafiq, boleh cuba pada masa lain.
Hari Khamis pertandingan uiz Kenegaraan dan Penulisan Buku Skrap. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Selepas selesai semua rasa terubat juga hati ini, terima kasih anakanda Amira dapat tempat ke-4 penulisan esei, Izati dan sahabat dapat tepat ke-3 manakala penulisan buku skrap InsayaAllah Johan. Terima kasih Pn Rusnani yang membimbing mereka.
Pagi tadi sempat berborak dengan sahabat yang sma-sama menjadi peneroka awal sekolah ini tahun 2004. Saudara Abdul Razak. Sahabat ini akan menyambung pencarian ilmu di IAB selama setahun mulai 1 Julai. Sempat bergambar bersama. Ini membuat rasa semakin kehilangan sahabat-sahabat buat seketika. Selamat maju jaya saudaraku Abdul Razak. Saya sempat berpesan jika tamat pencarian ilmu nanti kembali semula ke Sg kapar Indah, saudaraku ini bertekad untuk kembali ke sini. Saya katakan padanya saya akan bersra di sekolah ini, kerana tidak mahu bermusafir lagi. InsyaAllah
Saya hentikan titipan kali ini dengan harapan semua perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah itu masih pengasih dan penyayang pada hambanya
Ingat atau tidak bait-bait ini
Patahlah hati................
Patahlah hati..............
Merajuklah diri .............
Sekian, salam keamanan
Insani

DETIK YANG INSANI TINGGALKAN

Assalamualaikum dan salam kemananan buat semua saudara
Alahamdulillah masih bernafas lagi

Syukur alhamdulilillah dipanjatkan ke hadrat illhai kerana masih diberi ruang dan peluang untuk menyedut cangkir udara yang dianugerahi secara percuma. Selawat serta salam buat junjungan besar Rasulullah saw. Sudah hampir 2 minggu tinta IT ini tidak mencoret. Bukan apa sibuk dengan tugasan dunia. Tok Selampit ingin bual bicara cerita-cerita yang lalu
Detik Berlalu Waktu Cuti
Alhamdulillah saya diberi kekutan untuk menunaikan amanah menghadiri kelas sumbangsih. Semuanya berjalan dengan lancar dan baik walaupun anak didiknya tidak ramai yang hadir. Almaklum waktu cuti, namun begitu terima kasih kepada anak-anak yang mampu hadir 3D, 3J, 3E dan anak taruna dan dara 6A1,2, 3. Semoga niat murni anak-anak mendapat ganjaran yang setimpal dalam perjuangan bulan Oktober dan November nanti.
Menjelajah ke Pantai Timur
Saya dan semua insan yang disayangi dibawa menjelajah ke negeri pantai timur bermula 7 hingga 9 Jun. Bermulalah uji pandu buah hati terbaru Exora. Memang selesa, anak-anak tidak mengeluh. Alhamdulillah harta pinjaman yang dikunai Allah swt. Perjalanan mengambil masa 9 jam dengan seorang "pilot" dan co pilot. Nawaitu dalam hati untuk santai dan berjalan-jalan sahaja. 6 perhentian rehat saya berhenti
Destinasi pertama di Cherating jam 11.00 pagi, berhenti makan satar dan keropok yang baru digoreng. Sungguh seronok bersma-sama yang tersayang. Kemudian Kijal popular dengan lemangnnya. Rusila dengan jagungnya. Dungun, Marang dan akhirnya tiba di Batu Burok Beach Resort dengan selamatnya. Alhamdulillah. Para mujahid semuanya gembira kerana dapat berjalan jauh cuti sekolah. Bukan apa inilah peluang dan ruang yang akita masih ada dengan mujahid ini. Selagi sihat gunakan masa ini untuk bersama mereka seketika masa yang diberi Illahi. Saya begitu santai berpeluang beriadah dengan putera-putera yang ada.
Humairah pula sibuk nak ke tempat yang digemari wanita, Pasar Payang. Saya turut gembira pada malamnya dapat menjamu selera dengan durian, rambutan, laici. Alhamdulillah. Humairah sibuk mencari variasi batik. Saya ikutkan sahaja, itulah minatnya. Tak apalah. Hari terakhir penjelajahan barulah dapat melihat mercu tanda di Terengganu, Masjid Kristal dan Taman Warisan Tamadun Islam. Berpeleuang solat sunat 2 rokaat di dalam masjid ini. Alhamadulillah. Perjalanan balik ke Selangor baik dan selamat tiba di istana menanti jam 8 malam. Alhamdulillah. Puas juga rasanya dapat ke sana, namun apa-apa buat sahabatku En Mazlan maaf kerana perancangan kita kali kedua untuk bercuti masih tidak kesampaian. InsyaaAllah ada hikmah disebaliknya. Lain kali kita rancang lagi.
Sekian dahulu buat waktu ini, salam keamanan
Insani

Isnin, 1 Jun 2009

PELUANG BERTEMU

Assalamualaikum dan salam keamanan
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Pertama-tamanya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt dan juga selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang memetik suis kehidupan hari ini. Udara yang disedut masih lagi enak walau pun masa kini menampakkan tanda jerebu. Namun begitu nikmat ini masih perlu disyukuri. Panglipurlara kali ini mencoret dalam tinta IT untuk berkongsi secebis peluang sahaja.
Pada hari Sabtu yang lepas dengan izin Allah, saya masih diberi peluang melawat bonda tersayang di Hotel Lima Bintang Hospital UKM. Tempat ini sudah menjadi rumah kedua boda saya selepas berusaha melawan penyakit kansernya. Bonda mengalami masalah pernafasan akibat paru-paru yang penuh dengan cecair. Alhamdulillah tepat jam 8.00 mlm saya berpeluang bertemu bonda. Keadaannya agak baik dan masih bergantung kepada oksigen. Saya kuatkan semangat dan redha dengan ketentuan Illahi. Saya yakin bonda dipilih oleh Allah untuk menanggung musibah ini kerana sayang kepada hamba-NYA.
Humairah tersayang bersedia menemani bonda di hospital sehari semalam, terima kasih humairah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik humairahku ini. Saya menjaga para mujahidin di rumah. Rutin seharian berjalan seperti biasa, menjaga mujahidin, memasak dan mengemas rumah. Penat juga rasanya, apa-apa pun saya masih diberi peluang untuk menggunakan kudrat yang ada untuk bekerja. Alhamdulillah. Tepat jam 7.45 mlm keesokan harinya saya menjemput humairah pulang. Bonda tersayang ditemani pula oleh adik. Terima kasih semua.
Saya hanya ada bonda tersayang sahaja di dunia ini, biarlah peluang yang ada ini dapat digunakan untuk berbakti kepadanya. Setiap peluang masa yang ada, saya mendoakan agar umurnya dilanjutkan dan Allah dapat memberikan kesejahteraan kesihatan kepada bonda. InsyaAllah jika ada keizina-NYA bonda boleh sembuh.
Sekian buat masa ini, wassalam salam keamanan
Insani
Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
Tuhan tolong
Panjangkan umurku
Kita hanya makhluk kepada khaliq

Jumaat, 29 Mei 2009

CERITA SAYA


Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi


Syukur ke hadrat Allah swt kerana diberi peluang dan ruang untuk bernafas untuk mencoret dalam tinta IT ini. Sudah hampir seminggu tidak dapat menitip sesuatu. Pada kali ada beberapa cerita yang cuba Tok Selampit ingin bicarakan.


Cerita Sekolah Saya


Pertama-tamanya ucapan tahniah kepada cikgu-cikgu rakan blogger yang menerima anugerah dan rezeki yang ditetapkan Allah swt pada tahun lepas. APC 2008, wakjir, aryanti,roszana dan tidak terlupa sahabat saya cikgu mazlan. Anda semua layak untuk menerimanya sebagai pengiktirafan kerja keras. Kita manusia senantiasa membuat perancangan, ketetapan yang tiada berbelah bahagi datangnya dari Allah. Tahniah buat semua. Saya tumpang gembira dengan kejayaan rakan-rakan semua.


Cerita kedua sambutan hari guru tahun ini semua berjalan dengan baik dan red buah cherry katakan meskipun buah ini tak lah sedap sangat. Hari ini terasa penat bersukan neka. Setiap tahun kumpulan saya bertanding dapat nombor banyak tetapi hadiahnya kecil. Tahun lepas nombor 5 tahun ini Alhamdulillah dapat nombor 8 daripada 8 pasukan yang bertanding. Apa-apa pun kita mesti senantiasa bersyukur dengan rezeki dari Allah. Apa yang penting happy. Buat anak-anak murid yang baik hati terima kasih dengan hadiah cendera tangan yang diberikan. Apa yang penting pada saya bukan hadiahitu, tetapipalin istimewa ialah mereka berjaya dalam peperiksaan dan menjadi anak yang soleh serta solehah. Terima kasih anak-anakku.


Cerita Saya Lain Pula


Saya dapat perkhabaran bonda tersayang dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sedang dihidapi. Saya sebenarnya telah lama redha dengan apa jua ketetapan Illahi. Buat masa ini tidak berkesempatan melawat, InsyaAllah esok mungkin saya ke hospital HUKM untuk mellihat keadan bonda tersayang. Saya sering mendoakan bonda dipanjangkan umur dan tabah menjalani pemulihan sakit kansernya.


Kelmarin saya pergi berjumpa dengan buah hati ketiga yang dipinjam sementara. Exora namanya. Putih melepak gerangannya. Saya bawa pulang dan sampai ke rumah jam 7 petang. Anak-anak cukup teruja untuk bergerak bersama exora, kini terlaksanalah impian saya untuk memiliki buah hati yang lebih besar dan selesa buat ahli kelurga yang semakin besar. Apa-apa pun ini semua pinjaman sementara masih hidup. Bukan apa, saya seboleh-bolehnya inginkan kehidupan ini lebih selesa sementara hayat ini masih ada berasaam humairah dan mujahid-mujahid tersayang. Rezeki yang Allah berikan lebih lebih sedikit itulah yang mampu saya miliki. Alhamdulillah syukur kepada Allah.


Sekian buat kali ini, salam keamanan

Insani


Khamis, 21 Mei 2009

ANAK NOGORI SOMBILAN





Assalamualaikum dan salam keamanan saudara semua
Alhamdulillah masih bernafas lagi
Nogori Adat Perpatih Hanyo Sobuah dalam tigo boleh buah nogori di Malaysia

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masih mampu di bumi fana ciptaan-NYA. Buat cikgu-cikgu blogger dan rakan pembaca hari ini terkenang kembali warisan negeri yang terbanyak di Malaysia. Ini saya hamparkan lambang kembanggaan rakyat negeri sembilan. Nanti saya sambung titipan buat rakan yang sudi membaca.











Wassalam, salam keamanan
Insani

Rabu, 20 Mei 2009

DI MANA AKHIR CINTA KITA


Assalamualaikum dan salam keamanan kepada semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi


Pertama-tamanya saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas limpah nikmat yang diberikan seketika ini buat menitip dalam tinta IT. Udara yang disedut, dihela semuanya diberi percuma. Mata yang mampu melihat kebesaran ciptaan Maha Pencipta diberi percuma. Telinga yang dikurnai-NYA boleh menikmat pelbagai irama alam secara percuma. Denyut nadi dan jantung berdenyut tanpa bateri menjanjikan kelangsungan hayat yang sementara ini pun diberi percuma. Begitu besar sekali sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahman Illahi kepada hamba-NYA. Subhanallah


Pada awal titipan kali ini Panglipurlara ingin merungkai sedikit persoalan di mana akhir cinta kita. Kedengarannya seperti sebuah kisah cinta. Memang benar setiap insan yang Allah cipta sejak azali dikurnai sifat sayang ( Ar-Rahim ). Hakikatnya setiap makhluk Allah juga diberikan sifat sayang ini. Maka dengan itu kehidupan dalam satu keluarga akan menjadi harmoni. Sayang anak kepada ummi dan abi, sayang suami kepada humairahnya, sayang ummi dan abi kepada ayah dan bondanya. Oleh hal demikian maka lestarikanlah alam ciptaan Illahi ini


CINTA, KASIH DAN SAYANG

Kita yang dikurnai akal ini mestilah bijak meletakkanya di pundak yang tertinggi. Ketinggian akal mengangkat manusia ke martabat yang mulia, sehingga Allah melantik manusia sebagai Khalifatullah di muka bumi. Lebih tinggi dari kesetiaan para malaikat terhadap Pencipta-NYA. Bila berbicara soal cinta memang seronok samada zaman kanak-kanak, remaja , dewasa sehingga ke peringkat tua. Tiada erti perjalanan hidup insan itu jika tidak bijak meletakkan cinta, kasih dan sayang pada tempat yang sepatutnya. Saya pernah ditanya dan diajari oleh Almarhum Tn Hj Othaman (sifu saya mengajar kesusasteraan Melayu) sehingga saya dapat gred A dalam STPM. Memetik kata Tn HJ kalau nak bercinta dengan seorang gadis mesti faham konotasi setiap perkataan ini, CINTA?, KASIH? DAN SAYANG?. Tanyanya lagi apa dia sayang, apa dia cinta, apa dia kasih?. Saya terdiam dan terkedu tak mampu menjawab.


Kasih sayang seiring dan saling sandar menyandar, kerana pabila kita lihat pada makhluk Allah sering kali kita kata sayang. Kehadiranya hanya seketika dan hanya pinjaman sahaja. Tidak hairanlah kebanyakan manusia takut kehilangan sesuatu yang dikasihi dan disayangi. Sementelahan itu kita sering sayangkan kereta, rumah, anak-anak, humairah dan banyak lagi. Apakah semuanya ini?, ini hanyalah pinjaman sementara kita masih diberi talian hayat. Orang yang banyak duit, harta kadang kala bakhil untuk diberikan sekelumit harta kepada orang lain. Katanya sayanglah. Kata-kata taruna kepada si dara, sayang akan adinda kepada kekanda!. Inipun hanyalah sementara dan tidak kekal lama. Ini kata-kata dibuai mainan perasaan orang berkasih biar seribu, cinta pada yang satu. Rupa-rupanya manusia ini banyak berpura-pura pada dirinya sendiri. Maka sayang itu bukanlah sesuatu yang hakiki (kekal). Muhasabahlah diri ini setiap saat yang berdetik.


HAKIKIKAH CINTA ITU

Bila sebut soal cinta macam-macam tanggapan diberi, cinta itu buta, cinta tak kenal usia, cinta tak kena darjat dan banyak lagi. Benar cetusan cinta itu lahir dari nurani yang bernama latifah. Hakikatnya teguh, sukar digugat dan boleh membawa kepada kehancuran. Sering kali kedengaran orang putus cinta nak bunuh diri, orang putus cinta tak lalu makan, mandi tak basah, tidur tak lena. Oleh itu apakah dia cinta itu sebenarnya?. Begitulah hebatnya Allah masukkan perasaan ini dalam jiwa dan emosi manusia agar dapat kembali kepada kebijaksanaan akal. Kehehbatan cinta kita saya ungkapkan kesetiaan Cinta Shah Jehan terhadap Maharani Mumtaz, sehingga dibinakan istana dari marmar bertatah permata tersergam indah Taj Mahal. Begitulah abadinya cinta mereka, sedangkan Maharani Mumtaz sudah tiada. Cinta Romeo dan Juliet sehingga sanggup sehidup semati. Imbas kembali kisah Kasim Selamat menangisi cinta terhadap isterinya sehingga buta. Jika diamat-amati mungkin benarlah cinta buta, mati, merana dan segala-galanya.


LIHAT HAKIKAT CINTA ITU DALAM DIRI

Merenung kembali dalam diri, apa yang dikejari dalam hidupmu bahawa cinta itu adalah hakiki. Adanya humairah yang Allah kurniakan kepada kita untuk berkongsi hidup selagi ada hayat di dunia. Ibarat Allah mengurnai Hawa untuk Adam Alaihissalam. Perkongsian hidup mencari keredahaan Allah meneruskan kehidupan yang makruf dan mengajari humairah dan anak-anak meninggalkan mungkar. Ajari lah diri ini untuk menerima hakikat cinta yang lebih abadi untuk menempuhi kehidupan kita selepas tamat bermusafir di alam fana ini. Cinta terhadap kebesaran Allah adalah yang paling hakiki. Minta semua cikgublogger berfikir sejenak jangan senantiasa bermain dengan cinta, kelak cinta akan mempermainkan kita. Sebab itu Allah telah aturkan setiap perkongsian hidup atas nama perkahwinan ada kalanya berakhir dengan ucapan palin tidak disukai Allah (talak) penceraian. Renung-renungkanlah


Saya berhenti menitip buat kali ini dan ditinggalkan bait-bait


Kerana cinta lautan berapi

Namunku kurenangi jua


Sekian, wassalam dan salam keamanan

Insani

Isnin, 18 Mei 2009

KERANA USTAZ MUHAMMAD

Assalamualaikum dan salam keamanan buat saudara semua
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Rasa syukur teramat sangat kerana diizinkan Illahi untuk bangun dan berdiri pada hari ini. Terasa denyutan nadi dan degupan jantung ini masih baik. Alhamdulillah saya diberi ruang dan peluang ketika ini untuk mencoret dalam titipan tinta IT ini. Teringat kata-kata Ustaz Muhammad, bahawa Rasulullah pabila diajari malaikat Jibrail membaca, Baginda tidak tahu, disuruh lagi iqra', maka akhirnya terhambur dari mulut baginda bacaan surah dari Al-Quran nur karim. Pabila saya amat-amati peristiwa ini maka terkenang kembali jasa Almarhum Ustaz Muhammad yang tidak mampu dibalas. Hanya doa restu ke hadrat Illahi moga roh dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang beriman.
Tinta saya berbicara kali ini umpama Awang Batil menceritakan perjalanan hidup manusia sejagat. Saya suka berkongsi pengalaman bersama Ustaz Muhammad. Pada ketika berumur 11 tahun dalam darjah lima saya bersekolah seperti kanak-kanak lain. Malangnya, saya tidak tahu membaca tulisan jawi dan apatah lagi muqaddam serta kitab Al-Quran. Sedih rasanya hati ini. Hari demi hari hanya mampu menghafal sahaja huruf jawi, namun begitu hidayah dari Allah datang memilih saya untuk iqra' surah dalam kitab suci Al-Quran. Ustaz Muhammad menegur , Hanafi saya nak pilih awak menyertai pertandingan tilawah Al-Quran. Ketika itu rasa seram sejuk badan ini. Saya bertanya kembali, kenapa ustaz?. Jawabnya ringkas Shamsul dah pindah sekolah. Ustaz pilihlah orang lain. Ustaz nak awak juga.
Hidayah Allah Itu Maha Suci
Subhanallah, inilah yang dikatakan hidayah. Saya malu nak mengaku tak pandai mengaji, tetapi ustaz seakan-akan faham isi hati ini. Jangan takut Hanafi ustaz boleh ajar dari mula. Pengajian saya bermula, setiap hari selepas maghrib saya ke rumah ustaz Muhammad berjalan kaki untuk belajar mengaji membawa ke waktu isyak. Pengalaman cukup berharga tidak disia-siakan oleha saya. Banyak masalah kekangan timbul, kadang kala kena marah, di denda namun saya redha. Apa yang memalukan saya, anak ustaz ini perempuan satu kelas dengan saya. Hari-hari pabila waktu sekolah selalu dia senyum dengan saya. Bukan apa-apa, bukan dia suka, bukan dia jatuh hati tetapi setiap kali kena marah dan didenda oleh ustaz Muhammd dia ada ketika itu. Tak apalah nak mengaji katakan, kena ketawa ke, ditertawakan saya diam sahaja. Baik hati juga anak ustaz ini tak pernah diceritakan tentang kebebalan saya. Pada ketika hendak pulang kadang kala takut kerana jarak rumah dengan ustaz dengan rumah saya jauh. Kena beranikan diri, kita orang lelaki. Pernah pula beberapa ketika dikejar oleh anjing, pontang-panting saya lari balik ke rumah. Alhamdulillah sampai juga ke rumah. Kalau ustaz baik hati dihantar balik dengan kereta Morris Minor. Seronok dapat naik kereta, itulah ragam kanak-kanak dahulu.
Di Sebalik itu ada Nur Laily
Berkat kesungguhan, kesabaran dan ketabahan dalam masa tiga purnama Alhamdulillah saya berjaya iqra' surah dalam Al-Quran dengan baik dan lancar. Membaca jawi juga sudah lancar, menulis jawi juga baik. Tidak seperti tiga orang pendekar bujang lapuk diejakan huruf jawi dibunyikan makhluk yang lain. Saya berterima kasih teramat sangat dengan ustaz Muhammad. Tiba pada hari pertandingan saya bersama rakan sekelas Misni bt Wardi turut serta dalam tilawah itu. Uniknya tilawah ini diadakan di dalam surau sekolah. Seingat saya peristiwa bersejarah ini berlangsung pada tahun 1978 ketika belajar di Port Dickson. Saya orang kelima memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah ayat 10-20. Macam-macam rasa ada masa itu, tetapi semua dapat ditempuhi dengan baik. Saya cukup bangga walau pun pada awalnya tidak pandai iqra' Al-Quran. Semuanya berubah kerana Ustaz Muhammad. Ketika saat keputusan diumumkam rasa berdebar juga, saya hanya berjaya meraih tempat keempat dari 15 peserta yang bertanding . Tiada bentuk piala, medal, kitab yang diperolehi tetapi paling saya ingat saguhatinya RM 1.00. Bangga rasanya Allah yang tahu. Syukur Alhamdulillah.
Aturan Allah Mengatasi Segala-galanya.
Jasa ustaz Muhammad saya tetap kenang sehingga ke akhir hayat. Jika tidak kerana ustaz memilih saya pada ketika itu, nescaya akan jadi seperti tiga pendekar bujang lapuk dalam filem P. Ramlee. Kasih Allah kepada Ustaz Muhammad lebih mendahului kita. Saya diberi perkhabaran semasa sudah lama berpindah ke tempat kelahiran di Negeri Sembilan Ustaz telah pergi menemui Pencipta-NYA. Ketika itu saya berada dalam tingkatan 6 Bawah. Bergenang air mata mengenang kembali jasanya yang begitu besar sehingga saya faham iqra'. Doa dan bacaan ummul kitab Al-Fatihah dibacakan semoga Ustaz Muhammad mendapat kerahmatan Allah. Terima kasih Keranamu Ustaz Muhammad.
Buat pembaca sekalian begitulah besarnya jasa seorang insan yang begelar guru atau ustaz sehingga saya mampu sampai ke peringkat ini. Oleh itu jangan senantiasa menyalahkan takdir sebaliknya muhasabahlah kelemahan diri setiap kali sebelum kembali ke kematian sementara.
Saya akhiri titipan ini dengan bait-bait ini
Bila izrail datang memanggil
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur jasad di pembaringan
Tiada guna harta
Hanya amalan
Manjadi bekalan
Sekian, wassalam dan salam keamanan
Insani

Sabtu, 16 Mei 2009

NOSTALGIA CIKGU KEPADA GURU

Assalamualaikum dan salam keamanan kepada saudara semua
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Salam 16 Mei Buat Semua Guru
Alhamdulillah dipanjat kesyukuran kepada pencipta kerana saat ini masih diberi sedikit ruang dan peluang buat saya menitip nota IT khas untuk salam 16 Mei. Denyut nadi, degup jantung ini terasa tenang. Kudrat dari Allah memberi kekuatan buat saya berkongsi perngalaman perjalanan dari cikgu kepada guru. Kenapa saya titipkan dari cikgu kepada guru. Sebentar Awang Batil akan mula berbicara.
Terima kasih cikgu-cikgu saya yang telah mendidik menjadikan saya guru pada hari ini. Cikgu Aris mula mengajar saya menjadi pengejar bola yang baik, Almarhum Ustaz Muhammad menjadikan saya mampu membaca Al-Quran dengan baik, Cikgu Fatimah menjadi ibu angkat yang banyak menjadikan saya lebih dewasa, Cikgu Jaafar menggilap saya menjadi seorang pemimpin dalam sekolah, Almarhum Tn Hj Othaman menjadikan saya seorang yang berani dan tidak mudah putus asa. Pn Hjh Maisenah menjadikan saya yakin pada kemampuan diri, Pn Hjh Adziyah pengetua yang memberikan keyakinan penuh untuk saya meniti menara gading. Terima kasih buat semua cikgu saya, segala jasa hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Merangkak belum bertatih 16 Jun 1991
Bila bermulanya perjalanan saya sebagai guru, tanggal 16 Jun 1991 membuka lembaran baru hidup sebagai guru. Saya diarahkan mengajar di kawasan FELDA Palong 4 SMK Sri Perpati nama yang telah saya calon bersama-sama rakan guru. Cikgu Saiful, Amran, Hisham,Cikgu Wan, dan Ust Syed , nun jauh di pedalaman. Seronok dan serasi dengan jiwa saya walau pun jauh di dalam hutan. Di sana menghambakan diri mendidik anak bangsa dalam kalangan murid pelbagai darjat. Rata-ratanya golongan marhaien, ada yang bijak dan tidak kurang pula yang jauh dari ketinggian akal. Namun begitu saya rasa bertuah mampu menyumbang secebis ilmu kurniaan Allah untuk dikongsi bersama dengan anak-anak di sana. Masih ingat lagi senyum tawa, tangisan Aspalela, Monaliza, Ramlah, Khidir, Roslan, Rosli, Zainun, Siti Sarah, Saiful, Kadariah serta sentuhan insan istimewa Aishah yang sengau. Banyak pengalaman pahit getir ketika di sana, pernah mandi air paya, menyusuri jalan tanah merah dan berselut. Masih bermain jelas dalam kotak minda ini seolah-olah mereka dekat dengan saya. Saya menabur bakti di sana sehingga 30.04.1994. Jika mahu ditipkan kisah perjalanan hidup terlalu panjang. Cukup dengan sekadar perkataan terima kasih anak-anak FELDA kerana anda semua memberi saya berpengalaman hidup di sana. Kebanggan saya pada mereka dizahirkan pabila SPM 1994 hampir 40 orang anak didik dari kelas Elit berjaya memperolehi pangkat 1. Alhamdulillah tidak sedar air mata mengenangi di kelopak mata. Cinta kenangan silam di FELDA saya tinggalkan dengan hati yang begitu berat, namun apakan daya ketentuan Allah membawa saya ke bumi Selangor. Anak-anak di sana tidak mahu melepaskan dan rasa begitu hiba, tetapi dikuatkan hati. Terpancar diwajah Aishah sedih, ingat lagi katanya cikgu duduklah di sini, begitu juga khidir, cikgu tak sayang kami ke. Zainun dan Siti Sarah terima kasih atas segala ilmu cikgu. Kata-kata itu sungguh mengesan dalam nurani ini. Selamat tinggal anak-anaku, manfaatkan ilmu yang cikgu berikan selama ini. Kini selepas 15 tahun anak-anak ini mungkin sudah ada kehidupan sendiri. Mungkin sudah jadi golongan yang bijak pandai dan para ilmuan. Bangganya saya dapat berkhidmat di bawah dua orang Pengetua Tn Hj Khalid b Abdullah dan Tn Hj Abd Razak b Samah. Terima kasih tuan haji.
Bertatih lalu menapak 1 Mei 1995
Pengembaraan saya sebagi musafir guru terhenti sebentar di daerah Kuala Selangor. Ditinggalkan cinta kenangan silam di FELDA, membuka lembaran baru sebagai guru di sini. 10 tahun di SMK Jeram telah mengajar saya bertatih dan akhirnya berlari mendambakan diri menjadi guru untuk anak bangsa di sini. Bermula dengan guru didiplin sehinggalah dipencenkan, Bangganya saya kerana diberi peluang menjadi guru kelas selama 14 tahun, banyak yang dipelajari namun masih kurang. Jadikan diri ini seperti cawan kosong yang sedia menerima dengan hati terbuka apa sahaja ilmu yang baik. Di sini saya mula belajar menapak menjadi guru yang baik. Perjalanan nampak baik, namun dugaan Allah tetap datang menguji hambanya. Saya diuji dengan didatangkan musibah sakit, hilang keyakinan diri, Berkat doa dan kesungguhan semuanya dapat ditempuhi. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah yang melimpah ruah. Di sini saya diberi anugerah menghargai sumbangan dalam dunia pendidikan APC tahun 2002. Itulah nikmat yang Allah berikan, dalam keadaan musibah datang nur harapan untuk saya.. Anak murid silih berganti yang berjaya, gagal dalam pelajaran sudah menjadi asam garam dunia menjadi guru. Alhamdulillah ramai yang berjaya menjadi insan terpilih biarpun tidak tinggi pangkat tetapi tidak gagal dalam hidup. Anak-anak didik ini ramai sudah berpasangan seperti Adam dan Hawa. Bila ditanya berapa anak 2, 3, Alhamdulillah sudah bergelar datuk rupanya saya. Masih ingat lagi Halim, Hisham, dan terkadang terlupa diingatkan oleh mereka. Cikgu kenal saya, jawab ringkas InsyaAllah kenal. Banyak pengalaman suka duga di sini terhenti pada 31 Disember 2003. Hampir 13 tahun bermusafir sebagi guru. Terima kasih kepada Pengetua Tn Hj Harun, Tn Hj Ubaidah, En Mohd Yusof, Pn Hjh Che Nah dan Pn Hjh Norsilawati. Terhenti di sini sudah dididik sebagai guru oleh 7 orang pengetua. Alhamdulillah
Berlari dan memanjat 5 Januari 2004
Perjalanan musafir sebagai guru saya terus ke SMK Sg Kapar Indah dan IsyaAllah saya tetapkan tekad untuk menamatkan perjalanan sebagai guru di sini. Onak duri berlari dan memanjat di sini banyak mengajar saya menjadi seorang yang semakin matang. Dari seawal anak kecil dididik sehingga ke setinggi berdiri lebih dari kita anak yang dididik. Mudahnya dari tingkatan 1 hingga 6 Atas. Alhamdulillah dari guru biasa diberi peluang menjadi pentadbir kecil yang naif. Berpeluang menimba cangkir ilmu yang amat luas. Terkumpul sedikit yang boleh dimanfaat untuk sisa perjalanan yang tinggal. Hampir masuk tahun ke 6 di sini. Cukup mecabar, gembira, masam, masin, pahit, manis dan tawar terpaksa ditelan. Buat semua rakan guru yang dikagumi dan anak didik yang diasayangi. Terima kasih buat semua. Kita membina rumah yang ada kini untuk generasi akan datang. Bual bicara saya di sini sebagai guru mengajak menyelami kesukaran dan cabaran yang semakin hebat menghunjam profesion ini. InsyaAllah ada masa 13 tahun lagi untuk saya bermusafir sebagai pendidik. Mohon doa Allah panjangkan usia ini agar dapat melihat anak-anak didik menjadi guru pula.
Titipan tinta bernoktah di sini. Buat semua guru Selamat Hari Guru. Saya tinggalkan titipan ini dengan bait-bait ini
Guru penyambung warisan ilmu
Ilmu itu subur keranamu
Keikhlasan didikanmu menjadu mercu
Hidup mekar tanpa noktah
Sekian, Wassalam Salam keamanan
Insani

Jumaat, 15 Mei 2009

PERGI TAK KEMBALI

Assalamualaikum dan salam keamanan buat saudara semua
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Subhanallah, Alhamdulillah Walailahaillallah Wallah Huakbar. Janji Allah swt ke atas hambanya tidak cepat sesat dan tidal lewat sesaat. Syukur ke hadrat Maha Pencipta kerana diberi ruang bernafas untuk waktu yang ada. Kudrat darinya memanggil saya menitip lagi dalam tinta IT ini untuk buat sekian kalinya. Perjalanan ini ini akan sampai kepada penghujungnya kelak. Janji pertemuan pasti pada perpisahan, janji kelahiran sudah pasti pada kematian. Sebijak-bijak manusia menurut Imam Al-Ghazali ialah selalu mengingati mati setiap waktu. Mengapa? mengajar kita senantiasa tidak alpa bahawa dunia yang kita bermusafir selama ini amat rapuh dan hanyalah pinjaman sementara. Musafir kita sekadar waktu mencari yang perlu sahaja. Bekalan untuk kehidupan hakiki yang Allah janjikan kepada hamba-NYA yang senantiasa bertakwa.

Saya kehilangan lagi insan yang disayangi iaitu nenda, tanggal 6 Mei 2009 deringan telefon dari adik menyampaikan perkhabaran sedih ini. Nenda saya meninggal dunia pada jam 4.45 pagi ketika berusia 89 tahun. Begitu panjang talian hayat Allah berikan kepada nenda saya ini. Teringat kembali almarhum datuk berusia 93 tahun. Kini tiada lagi mereka. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana almarhum dapat melihat saya dari lahir sehinggalah berjaya. Saya merupakan cucu yang tertua dalam keluarga ini.
Bonda tersayang dalam keadaan uzur dengan kesan penyakit kanser masih sempat memeluk dan menatap nenda yang disayangi buat kali terakhir. Katanya nenda menangis dan memohon ampun serta maaf segala salah dan silap selama hidup. Begitulah cerita bonda tersayang. Rasa terharu dan sayu mendengar cerita itu. Saya khabarkan kepada bonda sabar kerana semua ini ketentuan Illahi yang pasti setiap insan tempuhi. Saya redha dan menerima takdir Illahi ini
Bila direnung kembali insan-insan tua yang saya kenali sedari kecil begitu ramai yang sudah kembali menemui Pencipta-NYA. Menyedari diri ini makin dihambat usia, perjalanan hidup ini mesti diteruskan yang pergi tetap pergi usah ditangisi. Jadikan ini satu jalan keinsafan kepada kita yang hidup bahawa segala persoalan alam barzakh itu benar, soal mungkar nakir itu benar. Ajal dan maut itu adalah benar masa dan ketikanya dalam rahsia Allah azzawajalla. Saya berbicara soal ini untuk mengajkl saudara sekalian sama-sama meningkatkan amalan hidup yang hanya sekelumit sahaja diberi peluang masa.
Buat rakan cikgublogger saya mengiangat diri saya dan diri rakan-rakan agar setiap denyut nadi yang berdenyut itu akan terhenti bila-bila masa. Tingkatkan Zikrullah setiap masa, jangan lalai kerana ketaatan Izrail terhadap Allah tidak pernah mungkir.
Sekian buat kali ini, pastikan diri kita dalam keadaan sejahtera dan berjalan dalam keamanan
Saya akhiri titipan kali ini dengan bait-bait ini
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana
Akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Selamat tinggal kepada semua
Berpisah kita selamanya
Sekian buat semua, wassalam dan salam keamanan
Insani

Rabu, 13 Mei 2009

MENITI KEMBALI CINTA KENANGAN SILAM

Assalamualaikum dan salam keamanan buat saudara semua
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana saya ruang dan peluang untuk mencoret dalam tinta IT ini. Maaf dipinta kepada semua cikgublogger kerana hampir 2 minggu paparan coretan ini tidak titip, bukan apa kesibukan dengan pelbagai tugasan dunia. Saya doakan semua cikgublogger sihat-sihat.

Panglipurlara, Awang Batil dan Tok Selampit sering bercerita kepada pendengar setianya. Meniti kembali cinta kenangan silam saya mulakan dengan perjalanan coretan ini. Tanggal 30 April hingga 3 Mei saya menjejak kembali bibit cinta saya dalam mengejar ilmu dan takdir Allah menemukan dengan Humairah tersayang

30 April
Saya bersama dengan empat mujahid dan ummi tersayang memulakan perjalanan ke rumah adik ipar di Ipoh sebelum ke destinasi utama Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Perjalanan malam itu bermula 9.30 dan sampai ke Ipoh sekitar jam 1.40 pagi. Sepanjang perjalanan memang sibuk kerana sudah jadi tradisi orang Malaysia ada sahaja peluang cuti terus menuju destinasi masing-masing. Jalan menuju ke utara "macet" (jam). Walau pun penat tetap saya rasa begitu lapang kerana dapat meninggalkan dua atau tiga karung kesibukan tugasan sekolah di pintu pagar. Tinggalkan seketika Istana Menanti untuk menyusuri cinta silam. Maklumlah terasa sesak minda ini selepas 18 tahun berada di gedung meluah dan mencari ilmu.

1 Mei
Tepat jam 10.00 pagi saya bersama mujahid-mujahid dan Humairah bergerak ke Pulau Pinang dengan rasa yang cukup gembira. Saya kata pada anak-anak, nanti sampai di sana ayah tunjukkan tempat ayah menjadi golongan ansar, tempat mentelaah dan tempat menerima anugerah selepas tamat pengajian. Jam 2.00 petang selamat sampai ke Pekan Air Hitam dengan harapan untuk menaiki keretapi Bukit Bendera. Malangnya apabila tiba giliran membeli tiket, pegawai di situ mengatakan keretapi jam 6.30 petang. Wah lambat betul. Keputusan yang bijak diambil, saya terus ke tempat menginap di Vistana Hotel Apartman Bukit Jambul. Apa lagi para mujahid saya dan adik ipar terus ke bilik. Sungguh selesa sekali dan indah pemandangannya, para mujahid terus turun ke tingkat 2 untuk berendam. Alhamdulillah sampai juga ke bumi ini.

2 Mei
Tepat jam 10.30 pagi sya menetapkan destinasi ke tempat untuk menjejak kebmali cinta yang ditinggalkan hampir 20 tahun. Tepat jam 11.00 saya masuk ke USM, sungguh gembira rasanya.
Saya terus ke Desasiswa Bakti teratak tempat sya berteduh selama 4 tahun 1987 hingga 1991. Saya ceritakan kepada para mujahid disinilah tempat cinta-cinta ayah bermula. Tempat ayah mengenali humairah. Sama seperti dahulu tidak banyak yang berubah. Kenangan silam itu macam baru kelmarin ditinggalkan. Hampir 3 jam saya berada di sana, destinasi ke Galeri Tuanku Fauziah, Canselori dan tempat-tempat yang pernah dijejaki. Mujahid semua berasa begitu seronok
Jam 2.00 petang terus menjejaki pula Masjid Terapung di Tanjung Bunga. Indah sungguh masid ini betul-betul di atas air. Diberi kudrat dari Allah menunaikan Solat zuhur di sana, lepas itu pekena laksa Penang. Seterusnya saya meneruskan perjalanan menyusuri lereng-lereng buki di Balik Pulau. Subhanallah sungguh indah bumi ciptaan Illahi, nyaman, tenang dan begitu segar di atas sana. Perjalanan ini terhenti tepat jam 5.00 petang. Puas, puas rasanya.
Malamnya saya menjamu selera di tepi pantai Batu Uban, makan ala kampung duduk bersila bersimpuh sampailah perutnya penuh. Alhamdulillah.

3 Mei
Pengembaraan di Pulau Mutiara akan terhenti, tepat jam 12.00 perjalanan pulang ke bumi Selangor dan kembali ke istana menanti.Walau penat tetapi menjejaki cinta kenangan silam itu menjadi begitu bermakna dan menyeronokkan .Insyaallah ada hayat diberi Illahi akan ke sana dengan anak mungkin menjejak kembali cinta itu.

Sekian dahulu buat saudara sekalian, nanti ada peluang bernafas dicoret kembali. Saya tinggal titipan kali ini dengan bait-bait ini

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bak sutera
Ingin hatinya kumiliki
Adakah ia sudi

Milik siapakah hati ini
Telah berkurun lama ku kesepian
Ingin ku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi adakah ia sudi

Lama telah kuimpikan
Gadis sepertinya
Ingin mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih, suci

Bait-bait saya simpan dalam nurani masa saya berteka-teki memiliki Humairah. Alhamdulillah rezeki, jodoh, ajal atau maut ketentuan Allah.

Sekia, salam keamanan
Insani

Isnin, 27 April 2009

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU


Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi


Alhamdulillah rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas dengan sempurna hari ini. Sudah dua hari tidak dapat mencoret dalam tinta IT ini. Bukan apa cuma terlalu sibuk dengan urusandan tanggungjawab duniawi. Alhamdulillah semuanya dapat dibereskan.


Coretan kali ini sekadar berkongsi nostalgia dan realiti bersama insan yang sentiasa di hati ini yang masih ada, IBU. Saya masih ada ibu yang tersayang, namun seorang ayah telah lama menyambut panggilan Illahi. Pada ketika itu saya baru mula bertatih sebagai pendidik, awal tahun 1990-an. Hanya selepas 2 bulan menabur bakti kepada anak bangsa, ayah pergi buat selama-lamanya. Saya redha dengan ketentuan Illahi, malah keyakinan saya semakin kuat untuk berjaya dalam hidup. Terngiang-ngiang nasihatnya di cuping ini, "ayah tidak dapat memberikan kemewahan hidup di dunia ini, sekadar termampu untuk makan dan pakai sahaja. Hanya pelajaran sahaja yang dapat membeli kemewahan dunia yang sementara".

Ayah turut berkata "orang lain boleh berjaya, kenapa kita tidak. Allah kurnai akal fikiran yang sama kepada kita". Selepas almarhum ayah pergi emaklah yang menjadi tempat mengadu sedih, duka perjalanan hidup ini. Saya membesarkan adik-adik dengan rasa tanggungjawab. Emak banyak memberi semangat dan perangsang. Seingat saya ibu pernah berkata "Long semua duit yang along beri emak simpan dan tidak pernah gunakan". Alhamdulillah berkat kesabaran itu, emak telah dipilih dan dijemput Allah s.w.t ke tanah suci Mekah. Kata emak duit yang along bagi selama 5 tahun disimpan dengan niat untuk menunaikan fardhu haji. Hajat emak dimakbulkan Allah. Saya begitu terharu dengan kesungghan emak, dalam keadaan tidak pandai membaca jawi masih mampu sampai ke tanah suci. Subhanallah.


Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, awan mendung mula berarak tiba. Takdir Allah telah menentukan perjalanan hidup hamba-NYA. Bulan Jun 2008 emak disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru. Adik-adik semuanya terkejut dan mula menangis. Emak pula tidak dapat menerima kenyataan ini. Dalam setiap ucapannya mengatakan dia akan mati. Saya tidak mahu tunduk dengan keadaan ini. Saya kuatkan semangat melawan emosi yang sudah mula mencengkam dalam jiwa adik-adik dan emak.


Saya yakin setiap musibah ada hikmah yang Allah tentukan. Saya berkata pada adik-adik kita lawan. Saya bangkit dan bangun dengan kudrat dari Allah untuk melawan penyakit ini. Saya cakap pada emak ajal maut adalah urusan Allah. Sebagai insan-Nya kita tidak boleh mengalah dan berserah. Allah tidak suka dengan orang yang cepat putus asa. Saya yakinkan emak penyakit ini boleh dilawan. Emak setuju untuk menjalani semua rawatan yang perlu. Memang betul dugaan Allah itu sentiasa datang menduga, sehingga adik-adik saya hampir putus asa. Sebagai abang sulung saya tenang terus memberi semangat kepada adik dengan pelbagai motivasi agar mereka tidak mengalah. Akhirnya emak selesai menjalani rawatan. Kini emak masih terus menerima rawatan walupun fizikal semakin uzur. Saya terus kuatkan semangat untuk menghadapi keadaan ini.


Inilah satu-satu ibu yang saya masih ada dan saya sentiasa berdoa agar emak dapat bertahan dengan dugaan yang Allah berikan ini. Ini bukti Allah sayang kepada hamba-Nya dengan menduga pelbagai jenis penyakit. Sebagai insan dugaan ini bertujuan untuk meningkatkan rasa ketakwaan kita terhadap-NYA. Emak along sentiasa berdoa untuk emak


Saya tinggalkan titipan ini dengan bait-bait ini


Ayah dan ibu
Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami
Dapat melihat
Bulan dan matahari


Sekian buat masa ini, wassalam salam keamanan

Insani




Khamis, 23 April 2009

JANJI PERTEMUAN PASTI PADA PERPISAHAN

Assalamualaikum dan salam keamanan
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana masih mampu menitip di tinta IT ini. Mampu menghirup udara anugerah yang tidak ternilai, mampu menjamah rezeki yang melimpah ruah tanpa membazir, minum dengan tenang pada cangkir yang satu dengan tiga kali hirupan. Mengikut sunnah junjungan besar Nabi Muhammd s.a.w. Syukur, syukur ya Allah.
Detik pertemuan saya dengan dunia ini bermula 42 tahun yang lalu. Ini bermakna Allah telah memilih diri ini sebagai insan yang bersedia menjadi musafir di alam fana. Pertemuan dengan humaira telah berlalu 16 tahun. Inilah janji Allah pada insannya yang tidak pernah dimungkiri. Pasti terpahat dalam ingatan dengan kata-kata ini. bahawa jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut adalah ketentuan Illahi. Ini semua adalah perkara benar.
Pertemuan dengan humaira telah Allah janjikan kurniaan dengan dua putera dan dua puteri. Inilah kebenarabn janji Allah pada saya sebagai hambanya. Pertemuan dengan humaira telah sama-sama nasihat menasihati dalam melaksanakan amanah besar yang Allah berikan kepada saya. Pertemuan awal inilah yang telah membina sebuah istana kehidupan yang digelar berkeluarga. Keluarga yang dianugerahi Illahi kepada saya merupakan nikmat pertemuan dengan anak-anak dalam mencorak jiwa-jiwa mereka menjadi insan yang soleh serta solehah. Memupuk perilaku dengan sifat-sifat mazmudah lalu menghindari sifat-sifat mazmumah. Insyaallah berusaha selagi masih bernafas.
Pertemuan dengan rakan-rakan bermula dari belajar beratti sehinggalah kini. Telah banyak pertmeuan yang Allah takdirkan pada hidup ini. Apa erti semuanya ini, pada fikiran saya semua ini mampu mendidik manusia menjadi satu ummah yang kuat dari segi ukhuwah. Akhirnya memebentuk pertemuan saudara sesama insan. Terlalu ramai yang telah memulakan pertemuan dalam hidup ini sehingga tidak terhitung. Namun janji Allah tetap benar, pertemuan pasti mencari perpisahan. Perpisahan satu detik yang pasti menyedihkan. Perpisahan dengan almarhum ayahanda dan nenda telah berlaku. Ini pasti kerana setiap pertemuan kehidupan pasti bertemu dengan kematian.
Dunia ini merupakan tempat pertemuan sementara dan perpisahan yang berkekalan. Humaira dan anak-anak Allah kurniakan hanya pertemuan di alam fana sahaja. Namun pabila kembali ke alam kekal milik-Nya hanya doa di pohon agar pertemuan yang abadi menjadi realiti insyaallah. Perpisahan dengan rakan-rakan di mana sahaja kita berpijak merupakan janji kepada pertemuan itu.
Sekian dahulu buat masa ini, maaf jika coretan tinta banyak menyentuh soal hidup mati tetapi itulah hakikat yang pasti kita tempuhi
Saya tinggalkan dengan bait-bait ini
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafas ku
Seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah
Bersabar kepada Allah
Mejaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu
Semoga hidupmu
Dirahmati Allah
Alahamdulillah. wa syukurillah
(detikkan dalam hati )
Wassalam, salam kemananan
Insani

Selasa, 21 April 2009

ISTANA MENANTI


Assalamualaikum dan salam keamanan saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi


Bersyukur teramat sangat ke hadrat Illahi kerana masih diberi kudrat untuk menitip dalam tinta IT. Pertamanya ucapan terima kasih kepada wak telah mengalihkan detik masa ke tempat sepatutnya. Berbicara soal istana kita sering mengaitkannya dengan raja dan para pembesar, Selaku golongan marhaien kita sebenarnya memiliki istana. Sering kali diungkapkan rumah yang kita diami. Orang sering menyebut mahligai impian. Bagi saya teralau tinggi darjat kedudukan mahligai itu, biarlah kita berada dalam kelompok sederhana antara pondok dan mahligai iaitu istana.







Saya dan humaira telah membina istana menanti sejak awal tahun 1999, dengan simpanan sendiri. Hampir RM 50,000 tunai dibelanjakan demi istana menanti. Kenapa saya gelarnya istana menanti, banyak sebab musababnya. Istana yang saya bina lama dinanti untuk siap, kemudian menanti masa tuannya boleh masuk, menanti ibu ayah pulang dari kerja, anak-anak balik dari sekolah. Saban hari istana ini terus menanti dengan setia tanpa jemu.


Alhamdulillah istana yang mampu saya bina tidak terlalu besar dan kecil, apa yang penting bersederhana kerana ini dituntut dalam Islam. Istana ini banyak berjasa dalam masa sepuluh tahun ini, memberi ruang dan peluang untuk berteduh selagi ada nafas penghuninya. Dipagari dengan kehijauan warna alam ciptaan Illahi, diselimuti dengan baju krim, dipayungi dengan topi biru. Saya dan keluarga tetap bangga walau pun istana ini tidak seindah mana kerana pasti satu masa ia tidak akan menanti penghuninya lagi............




Istana menanti ini sebenarnya adalah milik orang bukan saya yang punya. Terbaca saya satu kisah di negara arab antara seorang sultan dengan rakyat biasa. Diceritakan seorang musafir tumpang tidur di tepi pagar istana, lalu dimarahi oleh pengawal. Maka si musafir ini bertanya dimanakah tempat saya sedang tidur?. Jawab pengawal, istana raja. Bertanya lagi milik siapah istana ini?. Jawab pengawal, Raja. Oh begitu, Boleh izinkan hamba bertemu dengan raja. Maka Pengawal mengizinkannya. Ketika berhadapan dengan raja, si musafir bertanya milik siapakah istana ini? Raja dengan bangga menjawab milik betalah. Oh begitu!. Lalu si musafir bertanya lagi jika tuanku mangkat milik siapakah istana ini?. Raja menjawab milik anakanda betalah. Si musafir mencelah oh! jadi istana ini bukan milik tuanku ya. Raja terpinga-pinga.





Teladan yang dapat kita diambil dari secebis kisah di atas ialah semua yang kita miliki ini hanyalah pinjaman untuk sekadar waktu. Istana yang dibina indah rupa-rupanya untuk orang lain. Dari kisah inilah saya mengambil ikthibar istana menanti kita bina hanya milikan sementara walaupun dalam syarat perjanjian hak milik bebas, pajakan selagi dunia ini wujud. Apa-apa pun bersederhanalah. Kerana inilah yang diajari dalam Islam sebagai ad-din.






Saya tinggalkan istana menanti dengan bait-bait ini



Kain putih, selimut putih

Mari kita bawa sembahyang

Allah kasih, Muhammad kasih

Rasululullah bertambah sayang






Ingatlah kehidupan dunia hanya cebisan air yang terlekat di jari apabila dicelupkan ke laut. Keluasan laut itulah hidup kita yang sebenar . Tiada tebing dan tiada sempadannya, sama-samalah kita renungkan,






Wassalam dan salam keamanan

Insani

Isnin, 20 April 2009

SELAMAT TINGGAL KESENGSARAAN


Assalamualaikum dan salam keamanan saudaraku
Alhamdulillah masih bernafas lagi


Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas hari ini. Maaf hari ini kurang sihat, tidak hadir bertugas untuk anak-anak didik yang cemerlang. Al maklumlah usia semakin meningkat manakala kudrat semakin berat. Mohon pada Allah tidak bertambah berat dan mudarat.


Hari-hari perjalanan hidup saya semakin murah dengan nikmat dari Illahi. Rasa syukur teramat sangat kerana sejak dua desawarsa inilah baru kenal dengan makanan yang pelik-pelik umpamanya burger, hotdog, pizza, KFC, Mc Donald, White Castle, Merry Brown, A & W dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah lahirnya anak-anak hari ini sudah kenal dengan populariti juadah ini. Menyingkap 25 tahun dahulu hanya kenal kepada ubi kayu rebus, lempeng pisang, variety cokodok dan macam-macam ada. Nostalgia ini jika dicanang kepada anak-anak terasa hairan dan pelik pula mereka.


Selamat tinggal kesengsaraan ini menyingkap kehidupan 20 tahun dahulu. Diceritakan kepada anak-anak umpama seorang panglipulara mengalunkan celoteh kepada rakyat jelata. Ayah dulu hidup susah, kerja banting tulang bergelumang dengan lumpur mengerjakan bendang. Tercucuk onak dan duri merintih dari pohon-pohon getah yang setia kepada "gurunya". Ke hutan bersama dituruni untuk mengutip rezeki yang Allah telah tetapkan. Usaha dengan kegigihan yang menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup ini.


Ayah belanja sekolah 20 sen sahaja, anak-anak membulatkan biji mata ... katanya betul ke yah. Ya jawab ayah ringkas. Sebab dahulu nak cari duit susah. Almarhum atuk Salleh dahulu selepas pencen tentera kerjanya menoreh getah. Dapatlah RM 5-10 sehari. Alhamdulillah rezeki yang berkat membawa rahmat. Saya ceritakan lagi "kesengsaraan" hidup bertambah pabila atuk sakit lumpuh hampir 8 tahun. Terlalu sukar rasanya perjalanan hidup masa itu. Ada saudara sepi sahaja, pernah satu ketika ayah terpaksa berhari raya selama 5 tahun dengan baju yang sama. Tak berduit nak membelinya. Orang kampung pula, al maklumlah sama-sama susah. Masa di tingkatan 6 atas dapatlah baju percuma pemberian seorang "pilot". Berkat baju itulah ayah berjaya dalam STPM dengan keputusan yang agak baik.


Ayah pernah makan nasi berlaukkan garam, sapa anak yang kedua sedap ke yah, jawab ringkas dah tak ada apa sedaplah. Di sekolah rakan-rakan yang baik berkongsi bekal dengan saya, seronok rasanya. Saya cakap pada adik-adik mak ngah, pak lang, mak su jangan mengalah. kehidupan perlu diteruskan. Nasib agak baik kerana masih ada almarhum tok nyang ( buyut ) kata orang jawa. Almarhum inilah yang sedikit sebanyak membantu. Janji Allah itu tidak pernah mungkir pada hamba-hambanya. Berkat doa dari kesengsaraan hidup itu saya berjaya menamatkan pengajian di USM.


Kesengsaraan itu tidak berhenti di situ, almarhum ayahanda sudah tidak mampu bergerak kerana strok. Ibu dan mak su yang begitu gigih menjaganya. Mak su berhenti sekolah selepas tingkatan 3. Kesian mak su ye yah..... mak su dahulu pandai ke yah. sapa anak saya yang sulung. Ya mak su pandai tetapi hidup susah kerana almarhum tok tak ada orang nak jaga, kenalah berhenti sekolah. Pesan saya pada anak-anak janganlah malas belajar kerana kelak kita juga akan rugi sepanjang hayat. Pesan almarhum tok Salleh hanya pelajaran sahaja yang dapat ditinggalkan untuk anak-anaknya, kerana harta dunia akan habis. Ilmu pengetahuan akan kekal sampai ke akhirat. Inilah yang menjadi pedoman hidup saya hingga ke saat ini.


Syukur alhamdulillah berkat ketabahan dan ketekunan hidup dengan keredhaan dari Illahi saya masih ada di sini. Rezeki yang dilimpahinya amat-amat disyukuri. Harta setinggi gunung kalau dikaut hari-hari akan habis, ilmu dikaut hari-hari akan penuh dalam kotak minda tersimpan utuh dalam dada. Subur berkembang jika disebarkan kepada insan-insan yang lain. Jadi bekal penyuluh tat kala kita berada di alam kekal abadi kelak.


Selamat tinggal kesengsaraan di ungkapkan dengan bait-bait berikut. Kalau pernah mendengarnya bisik-bisiklah dalam hati ye.


Langkah demi langkah

Kita lalui bersama

.................................

................................


Selamat tinggal kesengsaraan

Selamat tinggal penderitaan

Terima kasih atas pengalaman

Yang kau berikan


Air mata menjadi permata

.............................................



Wassalam dan salam keamanan

Insani