Jumaat, 4 September 2009

CORETAN RASA INSAN MARHAEIN

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Syukur Alhamdulillah, selawat serta salam buat junjungan Besar nabi Muhammad saw serta para sahabat Baginda. Masih mampu menyedut udara ketika ini, mampu menggerakkan jari jemari untuk menitip dalam tinta ini, masih mampu mengetuk kotak minda membentuk kata-kata yang bermakna.
Salam buat semua rakan guru, terasa semakin jauhnya saya dengan mereka walau pun berada di depan mata. Cikgu Razak, Kak Ana, Abang Bidin dan ramai lagi. Saya sering menghitung berapa ramai lagikah yang akan melakukan penghijrahan sebagai musafir alam fana ini. Saban tahun rakan yang dikenali sedari awal kian hilang dari pandangan kanta retina ini. Inilah janji pada sebuah perjalanan kehidupan itu sendiri.
Rasanya keseronokan berada di sini dan ketika ini hanya dipujuk oleh hati yang amat berat rasanya. Saya cuba memujuk hati ini agar sentiasa "happy" dan tidak selalu gundah gulana. Alhamdulillah berpegang kepada bekerja sehingga mati adalah lebih baik dari kerja mati-matian. Apa pun tanggapan yang penting dunia yang diharungi amat berbeza berbanding 10 tahun lalu. Sentiasa dalam "sterss" bermakna membunuh kotak minda, membina tekanan darah yang tidak normal dan seterusnya menyiksa jantung yang sudah kian lama tersiksa.
Saya Insan Marhein amat bersyukur pada tahun ini kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ilmu buat anak-anak didik yang dikasihi. Tidak lupa buat 6A1/2, Azam, Syed, Faizal, Alan, Atiqah, Mira, Aqillah,Qayyimah, Izzati, Maryam, Jehan, Ain, Sofea, Zafirah, Resan, Mastura, Pongkodi, Piyaralin dan juga anak-anak didik Tonghua. Terima kasih kerana begitu komited dengan perjuangan kamu. Doa cikgu agar semua sukses dalam mengejar realiti sebenar dalam pencarian ilmu.
Buat anak-anak di 6A3 pula begitu baik respon dalam menimba ilmu yang tiada penghujungnya. Teruskan usaha dengan gigih, cilkgu sebagai Insan Marhien hanya mampu memberi bimbingan dan semangat setakat yang mampu. Anak-anak semua adalah pencorak keluarga. Syukuri apa yang ada. Sayangi kedua ibu bapa, jangan sakiti hati mereka kerana peluang yang diberi seketika ini, gunakan untuk berbakti kepada mereka. Peluang cikgu sudah tertutup, tiada tempat untuk mengadu bagi insan yang bergelar ibu atau ayah.
Aank-anak didik yang baru 6B1, 6B2 dan 6B3 masih baru dikenali. Alhamdulilah Allah masih memberi peluang untuk mengenali mereka. Masih banyak yang perlu dididik, ditegur dan ditunju. InsyaAllah amanah yang dipikul akan insan marhaein ini laksanakan sebaik mungkin.
Sekian dahulu buat kali ini
Salam Keamanan
Wassalam, Insani

1 ulasan:

  1. zafirah di sini...
    insyaAllah sgale tunjk ajr ckgu kami akn guna dan amalkan.Moge ckgu terus teruja & tidak serik utk mgajar kami...walaupun kadang kala...tutur kata nie myakiti insan yg bergelar guru...namun hakikatnya adlh utk bgurau senda....ampun maaf dminta sekiranya mlakukan kesilapan dan dosa sama ada sdar @ tidk sedar kepada cikgu...walau apa pn yg blaku dlm hidup cikgu..kami akn sentiasa bsama cikgu...

    BalasPadam