Isnin, 1 Jun 2009

PELUANG BERTEMU

Assalamualaikum dan salam keamanan
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Pertama-tamanya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt dan juga selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang memetik suis kehidupan hari ini. Udara yang disedut masih lagi enak walau pun masa kini menampakkan tanda jerebu. Namun begitu nikmat ini masih perlu disyukuri. Panglipurlara kali ini mencoret dalam tinta IT untuk berkongsi secebis peluang sahaja.
Pada hari Sabtu yang lepas dengan izin Allah, saya masih diberi peluang melawat bonda tersayang di Hotel Lima Bintang Hospital UKM. Tempat ini sudah menjadi rumah kedua boda saya selepas berusaha melawan penyakit kansernya. Bonda mengalami masalah pernafasan akibat paru-paru yang penuh dengan cecair. Alhamdulillah tepat jam 8.00 mlm saya berpeluang bertemu bonda. Keadaannya agak baik dan masih bergantung kepada oksigen. Saya kuatkan semangat dan redha dengan ketentuan Illahi. Saya yakin bonda dipilih oleh Allah untuk menanggung musibah ini kerana sayang kepada hamba-NYA.
Humairah tersayang bersedia menemani bonda di hospital sehari semalam, terima kasih humairah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik humairahku ini. Saya menjaga para mujahidin di rumah. Rutin seharian berjalan seperti biasa, menjaga mujahidin, memasak dan mengemas rumah. Penat juga rasanya, apa-apa pun saya masih diberi peluang untuk menggunakan kudrat yang ada untuk bekerja. Alhamdulillah. Tepat jam 7.45 mlm keesokan harinya saya menjemput humairah pulang. Bonda tersayang ditemani pula oleh adik. Terima kasih semua.
Saya hanya ada bonda tersayang sahaja di dunia ini, biarlah peluang yang ada ini dapat digunakan untuk berbakti kepadanya. Setiap peluang masa yang ada, saya mendoakan agar umurnya dilanjutkan dan Allah dapat memberikan kesejahteraan kesihatan kepada bonda. InsyaAllah jika ada keizina-NYA bonda boleh sembuh.
Sekian buat masa ini, wassalam salam keamanan
Insani
Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
Tuhan tolong
Panjangkan umurku
Kita hanya makhluk kepada khaliq

1 ulasan:

  1. Pi....nama sinonim untuk sahabatku ini...setelah membaca luahan hati kat blog ni aku sendiri umpama dapat merasakan keperitan ini..dah sahabat kan cubit peha kiri akan terasa peha kanan....aku respek kau Pi...aku hormati pendirian kau...Insyaallah akan aku tunaikan janji aku tu...dan yang penting aku tetap yakin akan ada sinar baru untuk kau...sesungguhnya kau memang hebat..dan kau adalah sahabat aku!!dari A.Razak ZS

    BalasPadam