Rabu, 9 September 2009

RAMADHAN KIAN PERGI FAJAR FITIRI KIAN MENJENGUK

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara
Alahamdulillah masih bernafas lagi.

Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menitip dalam kalam IT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, juga buat para sahabat dan anbiya. Semoga Allah swt memberikan kekuatan seteguh para pejuang Islam.

Alhamdulillah, Ramadhan sudah merangkak ke Fasa ke 3, semakin hampir ditinggalkan. 240 jam Ramadhan Al-Mubarak bakal pergi, amat terasa di hati ini kerana sepanjang perjalanan Ramadhan ketika tidak mahu berpisah bersamanya. Ramadhan yang kan datang datang belum pasti lagi. Malam ini tarawikh sudah menjenguk malam ke 20 Ramadhan. Alahamdulillah saya masih diberi kudrat untuk mencari makna kepada "Lailatu Qadar". malam amalan yang lebih unggul dan lebih baik daripada seribu bulan atau bersamaan 82 tahun. Marilah sama-sama kita mencarinya. Semoga Allah memudahkan perjalanan ini.
Teringat pula nasib anak-anak yang miskin, fakir, yatim serta piatu. Perjalanan saya di alam fana tahun ini penuh episod duka. Hilang dua insan yang disayangi nenda dan bonda dalam masa selang satu bulan. Pemergiaan insan yang disayangi ini merupakan perjanjian roh pada jasad dengan pencipta-Nya (khalik). Kehadiran Syawal, InsyaAllah dalam bebrapa hari lagi amat dirasai kehilangan kerana terasa seperti baru semalam mencium tangan bonda. Pagi syawal 1430 hijrah sudah tiada lagi genggaman tanga kurus ketika dulu. Hanya pusara dan nisan menjadi tanda bersemadinya bonda tersayang.
Saya titipkan bait-bait kata untuk luahan rasa di hati.
Duhai bonda
Duhai ayahanda
Begitu cepat dikau pergi
Tinggalkan kami di sini
Menyahut panggilan Illhai
Kapan masa bertemu kembali
Di alam sana kekal abadi
Hidup bonda dan ayahanda
Di sana pasti hakiki
Hanya doa, anakanda panjatkan
Moga Allah merahmati
Tiada air mata bisa mengubati
Perasaan ini anakanda sulami
Duhai bonda
Duhai ayanhanda
Permergianmu amat dirasa
Putus sudah tempat bermanja
Kami anakanda amat merindui
Untuk mengucup tangan
Di pagi Aidil fitri
Hanya Al-Fatihah yang mampu
Dicurahi
Buat semua insan yang masih ada ayahanda dan bonda sayangi mereka kerana semua yang ada di depan mata kita akan pergi umpama mata kita berkelip.
Sekian dahulu, salam Ramadhan buat semua
Wassalam, Insani

1 ulasan:

  1. ANAK DIDIKMU:Salam ckg..ni first itme sy baca blog cikgu..sblm ni ckg suruh kitorang bce blog ckg,tp tak berkesemptan..skrg bile sy dah bce blog ckg baru sy faham apa yg cikgu slalu crita kt dlm kelas..sy hrp cikgu slalu la brcerita kt kelas tntg kisah2 cikgu sbb sy kebanyakan crita cikgu byk menyedarkan sy dan rakan2 erti khdpn sbnr dan drpd kami terus leka..sy hrap ckg byk membri kata2 semangat pd kami agar kami terus berjaya dlm mencapai impian kami..skian saja..cikgu slalu2 la tulis kat blog nie..sekian..wassalam-ting.6bawah-

    BalasPadam