Selasa, 7 Julai 2009

PERITNYA HATI INI

Assalamualaikum dan salam keamanan buat semua saudara blogger
Alhamdulillah masih bernafas lagi

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi rung untuk menitip dalam tinta IT ini. Kali ini saya hendak menitip pedihnya hati ini. Kelmarin saya mendapat perkhabaran yang kurang enak di mana harapan saya untuk diiktiraf guru mengajar di tingkatan 6 masih belum kesampaian. Bukan rezeki lagi, namun apa yang mengecewakan sudah 2 kali permohonan dihantar tetapi keputusan masih tidak menyebelahi saya. Saya masih berpegang kepada rezeki adalah pemberian Allah swt.
Pabila berbicara dengan sahabat di mana kesilapan sebenarnya berlaku. Sudah adat manusia sebut sahaja ada peluang untuk orang lain, ada pula manusia yang merentap peluang itu. Saya masih boleh bersabar tetapi kesabaran itu ada kalanya memakan diri. Jika berlakau sebarang putar belit manusia saya harap mereka segera ingat, bahawa manusia tidak boleh menongkat langit. Harta dunia hanya pinjaman sementara. Kawan dari sekolah lain yang senasib dengan saya menyuarakan suara hati yang sama. Saya nasihati bersabarlah, jika ada rezeki kita tidak akan kemana-mana. Namun begitu hirisan luka yang telah saya alami beberapa bulan yang lepas masih terasa ngilunya. Saya sudah berniat dalam hati untuk terus berada di gedung pembelajaran yang ada sekarang sehingga bersara pada 23.03.2022. InsyaAllah jika ada keizinan Allah swt.
Apa-apa pun saya mahu terus bersabar, kerana yakin kesabaran itu ubat bagi semua penyakit hati. Pedihnya hati ini hanya Allah yang tahu. Biarlah saya tenang dengan keadaan ini dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan perjalanan hidup ini. Insya Allah
Podihnyo hati menanggung sekso
Tak mati badan merasai
Sekian, wassalam dan salam keamanan
Insani

2 ulasan:

  1. ini alang (zakaria) nak ucap terima kasih pada along dan adik berdik kerana dapat sempurnakan jenazah omak itu hari. so tahniah pada along kerna dapat buat blog ni, jadi bolehlah tahu perkembangan terkini.

    BalasPadam
  2. mentarimalam1739Selasa, Ogos 11, 2009

    Kekadang...musibah datang sebab takdir Allah. Kekadang musibah datang sebab angkara manusia.
    Ramai orang kata musibah diri akan ada hikmah di sebaliknya...tapi itu jarang berlaku.
    Kesabaran itu bagi aku memang penting,tapi lebih penting menjaga maruah diri. Terima kasih.

    BalasPadam