Assalamualaikum dan salam keamanan saudaraku
Alhamdulillah masih bernafas lagi
Syukur teramat sangat kerana dapat mencoret sedikit lagi dalam tinta ini.
Senyumlah semua, kerana itu ubat penawar duka lara. Sudah tersenyumkah hari ini?. Jika belum senyumlah. Senyuman kepada seseorang adalah sedekah dan pemanis kepada raut wajah serta menampilkan keceriaan hidup hari ini. Kata orang tua-tua sentiasa senyum akan mengurangkan kedut di muka. Secara mudahnya awet muda, tetapi sesuatu yang diawet akan nampak tua kecuali SENYUMAN
Perjalanan saya hari ini nampak tenang dan tiada yang menggusarkan. Terasa aman, damai walaupun kadangkala tugasannya sering menyergah ke dalam fikiran ini. Alhamdulillah bisikan keamanan dan senyuman tadi memudarkan kekusutan itu. Pabila menjadi masyarakat "marhain" dan "songkulot" ini lebih tenang. Mudah disuruh dan diarah dan lebih sukar menyuruh dan mengarah. Namun begitu tanggungjawab yang diamanahkan hari ini sudah dapat dilaksankan. Kepuasan terasa bila melihat wajah-wajah anak didik tersenyum segar menghirup ilmu dari cangkir yang kita tuangkan selalu. Biarlah ilmu yang baik itu kekal, bersemi dalam sanubari menjadi menjadi epilog.
Terhenti seketika buat kali ini, saya titipkan bait-bait lagu ini
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat
Antara kita
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bukan khayalan aku berikan
tapi keyakinan yang nyata.....
Maaf dipinta bait-bait tidak dapat diusaikan, sudi kiranya berbisik di dalam hati kesudahan perjalanan hari ini. Yang pasti SENYUMLAH pada semua isteri @ suami tercinta, anak-anak tersayang moga mahligai yang ada mendapat keberkatan-NYA.
Sekian, salam keamanan
Insani

Salam keamanan...Tahniah cikgu siber...dah maju kehadapan.. Tahniah juga untuk hasil nurkilan yang pertama dan kedua...Sungguh bermakna. Teruskan perjuanganmu...Kami sentiasa menyokong dan Cikgu Hanafi jadi contoh terbaik saya , isteri dan anak2.Terima kasih .
BalasPadamBila cikgu bahasa mencatat, terkedu teman dibuatnya...
BalasPadam